Penerimaan penonton terhadap imej fotografi di dalam pengiklanan secara objektif / Nurin Kamilia Asfarizal and Nadzri Mohd Sharif

Asfarizal, Nurin Kamilia and Mohd Sharif, Nadzri (2023) Penerimaan penonton terhadap imej fotografi di dalam pengiklanan secara objektif / Nurin Kamilia Asfarizal and Nadzri Mohd Sharif. International Journal of Art and Design (IJAD), 6 (2). pp. 66-78. ISSN 2710-5776

Abstract

Pengiklanan adalah perlu dalam berkongsi maklumat dan orang ramai juga boleh berkomunikasi dengan memberikan pendapat mereka. Setiap iklan yang dipaparkan kepada tontonan umum akan menerima pelbagai pandangan dan persepsi yang berbeza. Mesej pengiklanan akan menjadi sukar atau mungkin tidak dapat difahami oleh khalayak sekiranya terdapat unsur yang berlebihan seperti teks, warna dan pencahayaan yang boleh membebankan mata penonton. Kebanyakan persepsi penonton lebih subjektif terhadap pengiklanan. Oleh itu, beberapa elemen dan tafsiran diperlukan untuk mengubah imej subjektif kepada objektif dengan memahami ciri-ciri mesej fotografi dalam pengiklanan dan meneliti tatabahasa visual dalam kandungan imej foto pengiklanan. Melalui proses kajian ini, ia akhirnya akan mempengaruhi tingkah laku dan sikap khalayak. Pengkaji menggunakan kaedah soal selidik bagi mendapatkan data dan persampelan juga dipilih mengikut ciri-ciri yang telah ditetapkan dan kategori status pekerjaan mereka bagi mendapatkan perspesi yang berbeza. Responden daripada tinjauan atas talian telah diberikan soalan yang bertujuan untuk mengetahui persepsi dan tafsiran mereka terhadap imej pengiklanan. Dapatan kajian ini mengandaikan bahawa khalayak akan lebih jelas tentang setiap pengiklanan yang berbeza dari segi cara penyampaian idea.Dan apakah dengan ciri-ciri yang ditunjukkan membantu dalam membezakan gambar yang subjektif dan objektif. Elemen yang unik dan tidak membebankan ditambah dengan beberapa ciri khas akan menjadikan gambar pengiklanan diingati oleh penonton.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Asfarizal, Nurin Kamilia
nurinkamilia8@gmail.com
Mohd Sharif, Nadzri
nadzri@uitm.edu.my
Subjects: T Technology > TR Photography > Digital photography
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Journal or Publication Title: International Journal of Art and Design (IJAD)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > International Journal of Art and Design (IJAD)
ISSN: 2710-5776
Volume: 6
Number: 2
Page Range: pp. 66-78
Keywords: Elemen fotografi; Fotografi; Interpretasi; Pengiklanan; Persepsi
Date: March 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80158
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 80158.pdf] Text
80158.pdf

Download (536kB)

ID Number

80158

Indexing

Statistic

Statistic details