Abstract
Pusat Pengajian Sains Ukur dan Geomatik, FSPU iaitu GLS617 (Pengurusan Sumber Marin) bagi mahasiswa semester 05 untuk kod pengajian AP220 di PPSUG Shah Alam, Selangor dan juga PPSUG Arau, Perlis telah mengadakan perkongsian ilmu pengurusan marin dalam talian merentasi kepakaran UiTM dan agensi luar. Persekitaran marin adalah kawasan yang dinamik dan terdedah kepada perubahan pada setiap masa. Pelbagai faktor yang menyumbang kepada perubahan ini dari faktor semulajadi dan juga faktor antropologi. Faktor semulajadi seperti tindakan ombak , pasang surut paras laut, pergerakkan arus dan juga tindakan angin. Manakala faktor antropologi adalah tindakan manusia seperti aktiviti ekonomi dan sosial seperti aktiviti pembangunan, perlancongan, pertanian. Kesan daripada faktor-faktor ini menyebabkan kepada perubahan persekitaran pantai dan marin seperti hakisan pantai, perubahan flora-fauna .
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Adnan, Nor Aizam UNSPECIFIED Mohd, Fazly Amri UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Perlis |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perlis |
Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
Related URLs: | |
Keywords: | Pusat Pengajian Sains Ukur dan Geomatik, PPSUG Shah Alam, PPSUG Arau Perlis, pengurusan marin, webinar |
Date: | 30 December 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/79919 |