Aplikasi fiqh keutamaan dalam perancangan strategi dakwah Majlis Islam Sarawak / Hasfa Bakhry Hassan

Hassan, Hasfa Bakhry (2019) Aplikasi fiqh keutamaan dalam perancangan strategi dakwah Majlis Islam Sarawak / Hasfa Bakhry Hassan. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Perancangan yang teliti merupakan salah satu perkara yang perlu diambil kira sebagai asas yang paling utama dalam melakukan apa-apa perancangan yang memerlukan kejayaan atau hasil akhir yang memuaskan. Sama ada perancangan berskala besar mahupun berskala kecil, ianya tetap memerlukan perancangan yang baik. Majlis Islam Sarawak (MIS) merupakan suatu badan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam di negeri Sarawak. Segala perlaksanaan yang berkaitan dengan hal ehwal Islam yang melibatkan masyarakat di Sarawak adalah dibawah pengawasan Majlis Islam Sarawak. Jabatan yang melaksanakan segala segala perancangan adalah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) yang berada dibawah MIS. Pemilihan kawasan Betong adalah kerana kawasan tersebut agak jauh daripada kawasan bandar-bandar besar serta di duduki oleh majoriti masyarakat Islam namun kawasan tersebut penuh dengan masalah sosial yang melibatkan masyarakat Islam. Kajian ini di buat adalah kerana untuk melihat sejauh mana keberkesanan strategi dakwah yang dibuat oleh MIS serta adakah kaedah bedasarkan fiqh keutamaan dimasukkan dalam perancangan tersebut. Kajian ini hanya melibatkan kampung-kampung di Kabong, Beladin dan Pusa yang mewakili lebih daripada separuh penduduk Islam di bahagian Betong. Kajian menggunakan kaedah data kualitatif berdasarkan fakta, maklumat, penyataan, tanggapan, ciri-ciri dan observasi. pengumpulan data juga adalah melalui temuramah kepada calon-calon yang berautoriti terhadap masyarakat di kawasan kajian. Pengkaji cuba mencari punca permasalahan serta memberikan cadangan kaedah penyelesaian berdasarkan kajian yang dilakukan. Kajian ini turut meneliti perancangan strategi yang dilakukan oleh Majlis Islam Sarawak dalam usaha mereka memartabatkan Islam di Sarawak. Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak (PTMIS) 2011 -2020 adalah suatu usaha yang dilakukan oleh Majlis Islam Sarawak hasil daripada resolusi Kongres Islam Sarawak 1430H / 2009M yang diadakan pada 14 - 16 Safar 1430H bersamaan dengan 10-12 Februari 2009 serta Muktamar Masjid-Masjid Negeri Sarawak 1430H / 2009M yang diadakan pada 20 - 22 Syaaban 143OH bersamaan dengan 11-1 3 Ogos 2009M. Hasil yang di dapati dapat digambarkan bahawa keperluan Fiqh Keutamaan dalam melaksanakan strategi yang teratur merupakan sesuatu yang amat diperlukan bagi mendapatkan hasil akhir yang terbaik serta perancangan yang dilakukan tidaklah merupakan sesuatu usaha yang tidak mendatang hasil yang dijangkakan.

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hassan, Hasfa Bakhry
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Omar, Sharifah Anom
UNSPECIFIED
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Master of Science
Keywords: fiqh. Sarawak, MIS
Date: 2019
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/79311
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 79311.pdf] Text
79311.pdf

Download (195kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

79311

Indexing

Statistic

Statistic details