OL-sync vs OL-async: pencapaian pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang sepanjang pembelajaran di musim pandemik COVID-19 / Zuraira Libasin ... [et al.]

Libasin, Zuraira and Azudin, Ahmad Rashidi and Idris, Nur Azimah and Abdul Rahman, Mohd Syafiq and Umar, Norazah (2020) OL-sync vs OL-async: pencapaian pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang sepanjang pembelajaran di musim pandemik COVID-19 / Zuraira Libasin ... [et al.]. SIG : e-Learning@CS, 1. pp. 104-112. ISSN 9789670841885

Abstract

Penularan pandemik COVID-19 telah mencetuskan kebimbangan global. Sebagai langkah membendung penularan wabak ini, kerajaan Malaysia telah mengumumkan penutupan operasi institusi pengajian sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Keadaan ini sekali gus mengubah landskap pendidikan dan memberi cabaran baharu kepada warga pendidik dan para pelajar di Malaysia. Kaedah pelaksanaan OL-sync dan OL-async telah menjadi medium pembelajaran yang sangat penting ketika perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020. Pelbagai cabaran dihadapi oleh pensyarah mahupun pelajar dalam memastikan pembelajaran dapat terus dijalankan sehingga tamat semester. Maka dengan itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui pencapaian pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang sepanjang mengikuti pembelajaran norma baru di musim pandemik COVID- 19. Terdapat 2 kod kursus iaitu STA408 (Statistics for Science and Engineering) dan MAT183 (Calculus I) yang melibatkan 8 kumpulan kuliah dengan jumlah pelajar seramai 227 orang diambil untuk melengkapkan kajian ini. Perbandingan gred yang dilakukan ke atas pelajar yang mengikuti pembelajaran secara OL-sync dan OL-async tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dimana jurang perbezaan antara pelajar yang lulus dan gagal bagi kedua-dua kaedah tersebut masing-masing adalah kurang daripada 1%. Ini menunjukkan bahawa kedua-kedua kaedah ini boleh digunakan sebagai medium pembelajaran di mana ia tidak menghalang pensyarah berinteraksi bersama pelajar dalam menyampaikan ilmu pengetahuan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Libasin, Zuraira
zuraira946@uitm.edu.my
Azudin, Ahmad Rashidi
ahmadrashidir@uitm.edu.my
Idris, Nur Azimah
nurazimah7083@uitm.edu.my
Abdul Rahman, Mohd Syafiq
mohdsyafiq5400@uitm.edu.my
Umar, Norazah
norazah191@uitm.edu.my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Umar, Norazah
UNSPECIFIED
Chief Editor
Othman, Jamal
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: SIG : e-Learning@CS
ISSN: 9789670841885
Volume: 1
Page Range: pp. 104-112
Keywords: COVID-19, Uitm, OL-Async, OL-Sync, ODL
Date: September 2020
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/79116
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 79116.pdf] Text
79116.pdf

Download (515kB)

ID Number

79116

Indexing

Statistic

Statistic details