Abstract
Penularan pandemik COVID-19 telah mencetuskan kebimbangan global. Sebagai langkah membendung penularan wabak ini, kerajaan Malaysia telah mengumumkan penutupan operasi institusi pengajian sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Keadaan ini sekali gus mengubah landskap pendidikan dan memberi cabaran baharu kepada warga pendidik dan para pelajar di Malaysia. Kaedah pelaksanaan OL-sync dan OL-async telah menjadi medium pembelajaran yang sangat penting ketika perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020. Pelbagai cabaran dihadapi oleh pensyarah mahupun pelajar dalam memastikan pembelajaran dapat terus dijalankan sehingga tamat semester. Maka dengan itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui pencapaian pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang sepanjang mengikuti pembelajaran norma baru di musim pandemik COVID- 19. Terdapat 2 kod kursus iaitu STA408 (Statistics for Science and Engineering) dan MAT183 (Calculus I) yang melibatkan 8 kumpulan kuliah dengan jumlah pelajar seramai 227 orang diambil untuk melengkapkan kajian ini. Perbandingan gred yang dilakukan ke atas pelajar yang mengikuti pembelajaran secara OL-sync dan OL-async tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dimana jurang perbezaan antara pelajar yang lulus dan gagal bagi kedua-dua kaedah tersebut masing-masing adalah kurang daripada 1%. Ini menunjukkan bahawa kedua-kedua kaedah ini boleh digunakan sebagai medium pembelajaran di mana ia tidak menghalang pensyarah berinteraksi bersama pelajar dalam menyampaikan ilmu pengetahuan.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Libasin, Zuraira zuraira946@uitm.edu.my Azudin, Ahmad Rashidi ahmadrashidir@uitm.edu.my Idris, Nur Azimah nurazimah7083@uitm.edu.my Abdul Rahman, Mohd Syafiq mohdsyafiq5400@uitm.edu.my Umar, Norazah norazah191@uitm.edu.my |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Umar, Norazah UNSPECIFIED Chief Editor Othman, Jamal UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | SIG : e-Learning@CS |
ISSN: | 9789670841885 |
Volume: | 1 |
Page Range: | pp. 104-112 |
Keywords: | COVID-19, Uitm, OL-Async, OL-Sync, ODL |
Date: | September 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/79116 |