Abstract
Pengajaran dan pembelajaran (PdP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan suatu pengalaman pertama yang agak mencabar bagi yang tidak pernah mengajar dalam talian. Namun begitu, pengajaran haruslah dilaksanakan sehingga sukatan pelajaran selesai. Aplikasi Google Classroom (GC) telah digunapakai selain turut memanfaatkan aplikasi yang sedia ada iaitu WhatsApp. Aplikasi Google Meet juga ada digunakan. Tinjauan turut dijalankan melalui borang soal selidik untuk mengetahui tahap kesediaan pelajar menerima pembelajaran dalam talian semasa perintah kawalan pergerakan. Seramai 49 orang pelajar diminta untuk menjawab soal selidik tersebut. Berdasarkan data deskriptif, didapati ada segelintir pelajar yang masih belum bersedia untuk meneruskan pembelajaran dalam talian. Namun begitu, peratusan penerimaan pelajar terhadap pembelajaran dalam talian berada pada tahap yang agak memuaskan iaitu sebanyak 75.5%. Tinjauan ringkas ini dijadikan sebagai panduan untuk menetapkan kaedah pengajaran yang bersesuaian dalam melaksanakan PdP secara talian terutamanya ketika keadaan kritikal seperti PKP ini.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mahlan, Siti Balqis sitibalqis026@uitm.edu.my Hamat, Muniroh muniroh@uitm.edu.my |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Umar, Norazah UNSPECIFIED Chief Editor Othman, Jamal UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | SIG : e-Learning@CS |
ISSN: | 9789670841885 |
Volume: | 1 |
Page Range: | pp. 14-22 |
Keywords: | Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Google Classroom (GC), Google Meet |
Date: | September 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/79104 |