Google Classroom sebagai sistem pengurusan pembelajaran (LMS) mod atas talian untuk pengajaran dan pembelajaran matematik sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) / Siti Asmah Mohamed and Maisurah Shamsuddin

Mohamed, Siti Asmah and Shamsuddin, Maisurah (2020) Google Classroom sebagai sistem pengurusan pembelajaran (LMS) mod atas talian untuk pengajaran dan pembelajaran matematik sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) / Siti Asmah Mohamed and Maisurah Shamsuddin. SIG : e-Learning@CS, 1. pp. 66-75. ISSN 9789670841885
Abstract

Penguatkuasaan PKP telah menyebabkan perubahan drastik dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) daripada kelaziman di mana pembelajaran secara bersemuka tidak dapat dijalankan dan telah membuka lembaran dan cabaran baharu kepada warga pendidik mengambil bahagian dalam persekitaran pembelajaran mod atas talian. Warga pendidik perlu mengharungi kebiasaan baharu ‘the new normal’ dalam PdP dengan memikirkan metodologi dan alternatif baharu agar PdP dapat diteruskan. 'Google Classroom' merupakan perisian pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian yang dikendalikan oleh Google yang menjadi platform sebagai pendekatan pembelajaran digital yang tersedia secara percuma. Tujuan artikel ini adalah untuk melaporkan keseluruhan pengalaman menggunakan Google Classroom dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik sebagai sistem pengurusan pembelajaran secara mod atas talian untuk pelajar peringkat ijazah sarjana. Melalui artikel ini, sebabsebab penggunaan Google Classroom, bagaimana menggunakannya dan keberkesanan serta keterbatasannya dari perspektif pengajar dapat diterokai.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 79103.pdf]
Text
79103.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics