Penghasilan abstrak kertas kerja secara automatik / Sulaiman Mahzan … [et al.]

Mahzan, Sulaiman and Omar, Prof Madya Dr Roaimah and Nurr Sadikan, Siti Fairuz and Ibrahim, Khalilah and Mahmud, Mohammad Bastyian (2013) Penghasilan abstrak kertas kerja secara automatik / Sulaiman Mahzan … [et al.]. In: Optimizing Innovation for Global Commercialization Research, Invention, Innovation Design: RIID 2013. Division of Research, Industrial Linkages and Alumni, UiTM Cawangan Melaka, Alor Gajah, Melaka, p. 52. ISBN 978-967-0637-02-0 (Submitted)
Abstract

Penggubalan abstrak yang mengikut format merupakan salah satu kerja yang melecehkan apatah lagi terdapat sebilangan abstrak yang tidak mengikuti format yang telah disediakan. Kekangan masa dan keperluan untuk memastikan kelancaran penerbitan keseluruhan abstrak untuk sesuatu aktiviti pembentangan kertas kerja berjalan dengan lancar menuntut penganjur untuk berkerja keras bagi mencapai standard yang yang telah ditetapkan. Secara lazimnya, abstrak yang diterima akan disemak dan diperbaiki formatnya sesuai dengan kehendak bagi sesuatu penerbitan. Kerja-kerja ini perlu dilakukan oleh pihak penganjur dengan perlu menyemak dan mengubahsuai format bagi setiap satu abstrak yang telah diterima. Lantaran itu, keperluan satu mekanisma baru yang lebih cepat dan efisyen perlu dilakukan bagi meningkatkan kecekapan sesuatu penganjuran aktiviti. Aplikasi ini membolehkan penganjur menjimatkan masa pengeditan abstrak dan hanya melakukan kerja-kerja pembaikan yang sangat minimal. Memandangkan penganjuran aktiviti tersebut semakin berkembang dan bertambah membuatkan aplikasi ini menjadi pilihan alternatif dalam usaha penganjur untuk mendapatkan kualiti penganjuran yang lebih cekap dan tersusun terutamanya dalam aspek penghasilan abstrak yang standard.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of Abstract Only]
Text (Abstract Only)
79087.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics