Abstract
Kemunculan Pandemik COVID-19 telah menyebabkan hampir seluruh dunia melakukan sekatan pergerakan (lockdown) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan termasuk di Malaysia. Ianya dilakukan bagi menyekat dan menghapuskan rantaian wabak tersebut. PKP juga telah menyebabkan penutupan semua sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di kebanyakan negara termasuklah di Malaysia. Lantaran itu, proses pengajaran dan pembelajaran telah bertukar kepada sesuatu yang bukan baharu tetapi mula dilihat sebagai pilihan yang tepat iaitu pembelajaran secara maya. Ianya selaras dengan kempen oleh pihak Kerajaan Malaysia yang menekankan ke arah kehidupan secara kebiasaan baharu. Kelas-kelas maya telah mula dipraktikkan oleh para pensyarah bagi memastikan para pelajar masih boleh menjalani proses pengajaran dan pembelajaran ini walaupun berada di rumah masing-masing. Pelbagai cabaran dan halangan diharungi baik dari pelajar mahu pun pensyarah semasa perintah kawalan ini berlaku.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hamat, Muniroh muniroh@uitm.edu.my Mahlan, Siti Balqis sitibalqis026@uitm.edu.my Ch’ng, Pei Eng chng@uitm.edu.my |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Umar, Norazah UNSPECIFIED Chief Editor Othman, Jamal UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA L Education > LG Individual institutions > Asia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | SIG : e-Learning@CS |
ISSN: | 9789670841885 |
Volume: | 1 |
Page Range: | pp. 23-30 |
Keywords: | Pandemik,Wabak, COVID-19, Baharu, Maya |
Date: | September 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/79044 |