Abstract
Dalam suasana tekanan kerja serta persekitaran yang sibuk dan golongan yang berusia, ramai umat Islam mengalami penyakit OCD (Obsessive Compulsive Disorder) atau dikenali sebagai masalah was-was terutamanya ketika menunaikan solat. Objektif kami, ialah menumpukan dalam aspek menentukan bilangan rakaat dalam solat. Selain itu,menurut Kamus Dewan was-was membawa erti perasaan sangsi, curiga dan khuatir. Dari istilah Bahasa Arab pula bererti sangkaan buruk yang merunsingkan hati atau fikiran serta godaan batin. Menurut Sayyid al-Bakri Rahimahullah,was-was timbul kerana lemahnya akal pemikiran dan kurangnya ilmu dalam bidang agama. (Hasyiah I'anahath-Thalibin: 1/214) Perasaan was-was dalam bilangan rakaat boleh dikurangkan jika adanya alat yang dapat membantu mengingatkan bilangan rakaat ketika solat. Oleh itu, kami dari SMT Kuala Lumpur telah merekacipta satu produk yang dinamakan "RHA-Counter" yang boleh membantu mengira bilangan rakaat ketika solat. Seterusnya, cara-cara penggunaannya mudah sahaja iaitu dengan meletakkan "RHA Counter" di bawah sejadah. Kemudian,tekan suis "1" untuk menghidupkan "RHA Counter".
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Manap, Norhayati UNSPECIFIED Taqiuddin, Mohd Asyraf UNSPECIFIED Mohd Asri, Mohd Firdaus UNSPECIFIED Abd Hamid, Zahrah UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Director Omar, Roaimah UNSPECIFIED Chief Editor Abdul Wahab, Shafezah UNSPECIFIED Team Member Sakrani, Siti Najah Raihan UNSPECIFIED Team Member Abd Ghalim, Shahril Anuar UNSPECIFIED Team Member Mahzan, Sulaiman UNSPECIFIED Team Member Md Shah, Mohd Ab Malek UNSPECIFIED Team Member Mohamad, Nur Syuhada UNSPECIFIED Team Member Abdul Batau, Mohd Fajil UNSPECIFIED Team Member Ibrahim, Khalilah UNSPECIFIED Designer Amin Nudin, Anith Liyana UNSPECIFIED Designer Samsuri, Norsharina UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Technology |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Melaka |
Event Title: | Research, Invention, Innovation Design (RIID2013) |
Event Dates: | 16 - 17 Disember 2013 |
Page Range: | p. 45 |
Keywords: | Obsessive Compulsive Disorder; Perasaan was-was; RHA-Counter |
Date: | 2013 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/79008 |