Pengurusan kualiti islam: analisis dari perspektif model / Lokman Abdul Rasol and Ruzainim Mohd Zelani

Abdul Rasol, Lokman and Mohd Zelani, Ruzainim (2016) Pengurusan kualiti islam: analisis dari perspektif model / Lokman Abdul Rasol and Ruzainim Mohd Zelani. In: KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam, 30 November 2016, UiTM PAHANG.

Abstract

Pengurusan Kualiti dalam Islam mempunyai banyak persamaan dengan pengurusan kualiti konvensional yang sering digunakan sebagai rujukan bagi pelaksanaan pengurusan kualiti dalam organisasi awam dan swasta. Walau bagaimanapun, dari segi etika dan moral kemungkinan pelaksanaan adalah jauh berbeza. Pengurusan Kualiti Islam lebih mementingkan hubungan dengan Allah (hablum min Allah) daripada hubungan dengan manusia (hablum min an-Nas). Akibat daripada kecuaian manusia tentang konsep hubungan ini, jadi mereka mudah terpesong dari jalan Islam yang sebenar walaupun hubungan mereka dengan manusia sangat baik, tetapi untuk mencari keredhaan Allah SWT memerlukan sikap yang benar-benar ikhlas kerana Allah SWT. Untuk menyelesaikan masalah ini, Model Pengurusan Kualiti Islam adalah sangat penting untuk diamalkan dalam sesebuah organisasi. Model ini memerlukan pemahaman Islam sebelum ia benar-benar boleh dilaksanakan. Amalan nilai-nilai Islam dalam perkhidmatan awam telah membuka mata sesetengah orang bahawa kepentingan agama dalam aplikasi pengurusan. Model Pengurusan Kualiti Islam telah wujud dalam organisasi yang mengamalkan nilai-nilai Islam dalam penyampaian perkhidmatan mereka. Model ini berfungsi sebagai penanda aras dalam menilai semua prestasi organisasi berasaskan Islam supaya masyarakat hari ini mula sedar betapa pentingnya nilai-nilai Islam untuk diaplikasikan dalam pengurusan kualiti dalam organisasi mereka.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Rasol, Lokman
lokman_87@pahang.uitm.edu.my
Mohd Zelani, Ruzainim
ruzainim@pahang.uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Organization
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: KONAKA Konferensi Akademik 2016
Event Title: KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam
Event Dates: 30 November 2016
Page Range: pp. 494-500
Keywords: Akhlak dan etika, model pengurusan kualiti islam, nilai-nilai islam, pengurusan kualiti islam, pengurusan kualiti konvensional
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78975
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 78975.pdf] Text
78975.pdf

Download (3MB)

ID Number

78975

Indexing

Statistic

Statistic details