Abstract
Secara umumnya, dakwah diertikan sebagai seruan atau ajakan ke arah keinsafan atau mengubah sesuatu keadaan menjadi lebih baik dan sempurna untuk mencapai kesejahteraan seseorang individu mahupun masyarakat setempat. Kini aktiviti penyebaran dakwah tidak hanya terikat kepada para mubaligh masjid tetapi turut dilakukan oleh segenap lapisan masyarakat dan individu yang mempunyai kesedaran terhadap kepentingan dalam menyebarkan pemahaman agama Islam. Selari dengan peredaran zaman, terdapat pelbagai kaedah dalam penyampaian dakwah. Antaranya adalah menerusi lagu-lagu yang berunsurkan keagamaan, di mana ia menjadi medium penyebaran dakwah yang begitu hangat diperkatakan. Sesebuah lirik lagu yang menggunakan bahasa yang mudah difahami dan diamati dalam memuja Kebesaran dan Keagungan Allah SWT mampu menerbitkan keinsafan kepada si pendengar akan Kekuasaan Allah SWT. Satu kajian menerusi temubual telah dijalankan bagi melihat sejauh mana lagu-Iagu yang berunsurkan Islam ini dapat memberi kesan kepada masyarakat khususnya pelajar UiTM Pahang. Terdapat banyak genre lagu yang bercirikan Ketuhanan dan di antaranya adalah 'Pop", "R&B" (Rhythm & Blues) dan "Klasik". Hasil kajian mendapati rata-rata daripada mereka amat terkesan dengan nyanyian artis-artis popular tanah air yang mula mencipta lagu tentang Kebesaran Allah SWT seperti menerusi lagu "Kalah dalam Menang" nyanyian Mawi dan Shamsul Yusof. Lagu ini menyedarkan kita agar jangan terlalu taksub dengan hal duniawi sehingga lupa tempat kita di alam yang tiada mati lagi kekal abadi.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohammad Hanapi, Normadiana normadiana@pahang.uitm.edu.my Mohd Kamal, Mohd Mawardi mawardikamal@ pahang.uitm.edu.my Awg Ali, Awang Nasrizal awang295@sarawak.uitm.edu.my Mohd Latib, Farah Wahida farahwahidaml@ pahang.uitm.edu.my Alias, Dr Rohaya rohaya_alias@ pahang.uitm.edu.my Mohsan, Nor Maslina maslina252@ pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2016 |
Event Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam |
Event Dates: | 30 November 2016 |
Page Range: | pp. 490-493 |
Keywords: | Dakwah, kesedaran, muzik, persepsi, temubual |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78974 |