Kegagalan cerun: salah manusia atau alam semulajadi? / Farah Wahida Mohd Latib …[et al.]

Mohd Latib, Farah Wahida and Alias, Rohaya and Derahman, Adnan and Bachok, Mohd Fairuz and Mohsan, Nor Maslina and Mohammad Hanapi, Normadiana and Mohd Kamal, Mohd Mawardi (2016) Kegagalan cerun: salah manusia atau alam semulajadi? / Farah Wahida Mohd Latib …[et al.]. In: KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam, 30 November 2016, UiTM PAHANG.

Abstract

Kegagalan cerun merupakan satu fenomena yang sering berlaku di Malaysia. Kegagalan cerun telah meninggalkan kesan yang buruk terhadap keselamatan nyawa, harta benda dan juga kesan jangka panjang terhadap peneemaran alam sekitar. Rupabentuk muka bumi Malaysia yang berbukit bukau di mana terdapatnya cerun-cerun yang curam dan kritikal antara penyumbang kepada masalah kegagalan cerun. Apabila daya gangguan yang mendorong kepada pergerakan di sepanjang mana-mana permukaan cerun melebihi daya rintangan ricih yang menahan pergerakan cerun, maka berlakulah kegagalan cerun. Namun begitu tidak dapat dinafikan bahawa keadaan persekitaran dan alam semulajadi seperti cuaca, topografi serta tumbuhan mempunyai hubungkait rapat terhadap punca-punca berlakunya kegagalan cerun. Kegagalan cerun ini turut diklasifikasikan sebagai bencana alam kerana faktor kekerapan yang sering berlaku di Malaysia. Sesetengah masyarakat menganggapnya sebagai musibah dan ujian dari Allah SWT. Manakala sebahagian yang lain merasakan bahawa ia merupakan musibah dan tidak mendatangkan manfaat tetapi hanya membawa kemudaratan. Namun, kegagalan cerun ini sering kali dikaitkan dengan kegagalan manusia yang diutuskan sebagai khalifah dimuka bumi ini untuk mengurus dan mentadbir dunia dengan baik selain bencana ini turut dikaitkan dengan proses alam semulajadi yang sering berubah dari semasa ke semasa.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Latib, Farah Wahida
farahwahidaml@pahang.uitm.edu.my
Alias, Rohaya
rohaya_alias@pahang.uitm.edu.my
Derahman, Adnan
dradnan@pahang.uitm.edu.my
Bachok, Mohd Fairuz
mohdfairuz@pahang.uitm.edu.my
Mohsan, Nor Maslina
maslina252@pahang.uitm.edu
Mohammad Hanapi, Normadiana
normadiana@pahang.uitm.edu.my
Mohd Kamal, Mohd Mawardi
mawardikamal@pahang.uitm.edu.my
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences > Environmental conditions. Environmental quality. Environmental indicators. Environmental degradation > Environmental disasters
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: KONAKA Konferensi Akademik 2016
Event Title: KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam
Event Dates: 30 November 2016
Page Range: pp. 457-464
Keywords: Alam semulajadi, kegagalan cerun, manusia
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78922
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 78922.pdf] Text
78922.pdf

Download (3MB)

ID Number

78922

Indexing

Statistic

Statistic details