Abstract
AI-Fatihah merupakan surah pembukaan bagi kitab suci AI-Quran. Surah ini juga sinonim dengan panggilan Ummul Qur'an atau Ummul Kitab, dan juga dikenali sebagai As Sab'ul mathaani yang membawa maksud tujuh yang berulang-ulang. Surah ini mempunyai tujuh ayat yang merupakan bacaan wajib dalam setiap solat yang didirikan. Kepentingan dalam menguasai surah ini dengan bacaan tajwid yang betul dan menghayati maksudnya telah dibuktikan melalui peranannya sebagai bacaan wajib dalam solat. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan bagi melihat tahap penguasaan surah AI-Fatihah khususnya di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Soal selidik telah diedarkan kepada 48 pelajar ijazah sarjana muda di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang yang terpilih. Analisa deskriptif menunjukkan bahawa secara purata pelajar ini telah menunjukkan tahap penguasaan yang sederhana dalam surah AI-Fatihah melalui ilmu tajwid yang betul. Tahap penghayatan terhadap surah AI-Fatihah juga menunjukkan respon yang sederhana. Dapatan dari kajian ini dapat dijadikan panduan kepada semua pihak terutamanya para pendidik untuk menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam menguasai bacaan AI-Quran agar bacaan tersebut mempraktikkan tajwid yang betul.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Sobki, Ibrahim ibrahim_sobki@pahang.uitm.edu.my Syed Wahid, Sharifah Norhuda sha_norhuda@pahang.uitm.edu.my Yusof, Yusharina yusharina@pahang.uitm.edu.my Othman, Muhammad Muzakkir ziekir@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2016 |
Event Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam |
Event Dates: | 30 November 2016 |
Page Range: | pp. 400-404 |
Keywords: | AI-Quran, penghayatan, surah al-fatihah |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78743 |