Kajian stres dalam kalangan pelajar diploma kejuruteraan awam (EC110) UiTM Cawangan Pahang / Noraida Mohd Saim …[et al.]

Mohd Saim, Noraida and Rosli, Siti Hawa and Amaruddin, Haslin Idayu and Abdul Rahman, Nurul Farraheeda (2016) Kajian stres dalam kalangan pelajar diploma kejuruteraan awam (EC110) UiTM Cawangan Pahang / Noraida Mohd Saim …[et al.]. In: KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam, 30 November 2016, UiTM PAHANG.

Abstract

Fokus kajian ini adalah menganalisa punca-punca dan tahap stres serta kaedah menangani stres yang biasa dilakukan oleh pelajar. Sampel kajian ini melibatkan seramai 95 orang pelajar Ielaki dan 99 orang pelajar perempuan tahun akhir kursus Diploma Kejuruteraan Awam di Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pahang. Data kajian diperolehi daripada borang soal selidik yang diedarkan dan dijawab oleh responden kajian. Analisa statistik deskriptif dibuat untuk melihat faktor utama yang menyebabkan stres, dan strategi pengurusan stres di antara pelajar lelaki dan perempuan. Dapatan analisa kajian ini menunjukkan punca utama stres bagi pelajar lelaki dan perempuan adalah faktor akademik dengan masing-masing menghasilkan min 3.648 dan min 3.747 berbanding faktor peribadi (min 2.966 dan min 2.957). Ujian-t mendapati tiada perbezaan yang signifikan di antara tahap stres pelajar lelaki dan perempuan. Secara keseluruhannya dapatan menunjukkan tahap stres pelajar Diploma Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pahang adalah pada tahap sederhana. Ini bermakna pelajar masih lagi mampu mengawal masalah stres mereka. Namun begitu, perhatian daripada pihak fakulti dan universiti dalam perkara-perkara yang berkaitan punca akademik terutamanya mungkin perlu diperincikan dan diperhalusi dalam memastikan graduan yang dihasilkan cemerlang dalam pelbagai aspek termasuk mental dan emosi.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Saim, Noraida
aidams2000@pahang.uitm.edu.my
Rosli, Siti Hawa
sitihawarosli@pahang.uitm.edu.my
Amaruddin, Haslin Idayu
haslinidayu@pahang.uitm.edu.my
Abdul Rahman, Nurul Farraheeda
nurulfarraheeda@pahang.uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Stress (Physiology). Stress management
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: KONAKA Konferensi Akademik 2016
Event Title: KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam
Event Dates: 30 November 2016
Page Range: pp. 366-377
Keywords: Pelajar, stres
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78732
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 78732.pdf] Text
78732.pdf

Download (5MB)

ID Number

78732

Indexing

Statistic

Statistic details