Abstract
Fokus kajian ini adalah menganalisa punca-punca dan tahap stres serta kaedah menangani stres yang biasa dilakukan oleh pelajar. Sampel kajian ini melibatkan seramai 95 orang pelajar Ielaki dan 99 orang pelajar perempuan tahun akhir kursus Diploma Kejuruteraan Awam di Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pahang. Data kajian diperolehi daripada borang soal selidik yang diedarkan dan dijawab oleh responden kajian. Analisa statistik deskriptif dibuat untuk melihat faktor utama yang menyebabkan stres, dan strategi pengurusan stres di antara pelajar lelaki dan perempuan. Dapatan analisa kajian ini menunjukkan punca utama stres bagi pelajar lelaki dan perempuan adalah faktor akademik dengan masing-masing menghasilkan min 3.648 dan min 3.747 berbanding faktor peribadi (min 2.966 dan min 2.957). Ujian-t mendapati tiada perbezaan yang signifikan di antara tahap stres pelajar lelaki dan perempuan. Secara keseluruhannya dapatan menunjukkan tahap stres pelajar Diploma Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pahang adalah pada tahap sederhana. Ini bermakna pelajar masih lagi mampu mengawal masalah stres mereka. Namun begitu, perhatian daripada pihak fakulti dan universiti dalam perkara-perkara yang berkaitan punca akademik terutamanya mungkin perlu diperincikan dan diperhalusi dalam memastikan graduan yang dihasilkan cemerlang dalam pelbagai aspek termasuk mental dan emosi.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Saim, Noraida aidams2000@pahang.uitm.edu.my Rosli, Siti Hawa sitihawarosli@pahang.uitm.edu.my Amaruddin, Haslin Idayu haslinidayu@pahang.uitm.edu.my Abdul Rahman, Nurul Farraheeda nurulfarraheeda@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Stress (Physiology). Stress management L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2016 |
Event Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam |
Event Dates: | 30 November 2016 |
Page Range: | pp. 366-377 |
Keywords: | Pelajar, stres |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78732 |