Penghasilan kompos organik secara ilmiah hasil manfaat ilmu bioteknologi / Anisah Mohammed and Mohamad Amir Shah Yusop

Mohammed, Anisah and Yusop, Mohamad Amir Shah (2016) Penghasilan kompos organik secara ilmiah hasil manfaat ilmu bioteknologi / Anisah Mohammed and Mohamad Amir Shah Yusop. In: KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam, 30 November 2016, UiTM PAHANG.

Abstract

Fokus utama kajian ini bertujuan untuk menghasilkan kompos organik mengikut teori bioteknologi. Bioteknologi adalah satu konsep ilmu yang menekankan pengaplikasian benda hidup dalam penghasilan produk untuk kegunaan manusia. Kompos didefinisikan sebagai baja organik yang terhasil dari proses penguraian sisa atau bahan buangan melalui tindak balas mikroorganisma. Penggunaan mikroorganisma sebagai pemangkin dalam pembuatan kompos mempercepatkan proses kematangan kompos. Dalam kajian ini teknik Barkely digunakan untuk menghasilkan kompos. Lalang, arang, batang pisang, sekam padi, najis kambing, najis lembu digunakan sebagai bahan kompos. Mikroorganisma Semulajadi (IMO) digunakan sebagai pemangkin dalam proses penguraian. Data suhu dan paras ketinggian kompos diambil untuk menentukan kematangan kompos. Nutrien pada kompos dianalisis untuk mengetahui kandungan NPK. Suhu yang mencecah 55°C dalam proses pembuatan kompos ini mencapai fasa thermophilic bagi membunuh patogen yang membawa penyakit serta benih rumput yang tidak diperlukan. Paras ketinggian kompos yang menurun daripada 30cm kepada 23cm menunjukkan terdapat perubahan pada saiz fizikal kompos. Nitrogen (2.57%), posporus (0.732%) dan kalium (7.128) adalah kandungan makronutrien yang terdapat pada kompos yang dihasilkan. Secara keseluruhannya kematangan kompos dapat ditentukan melalui bacaan suhu dan paras ketinggian kompos. Bahan kompos yang tidak dikompos secara betul akan menyebabkan ketoksikan dan ketidakstabilan nutrien yang mengakibatkan kematian pada tanaman.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohammed, Anisah
anisahm@pahang.uitm.edu.my
Yusop, Mohamad Amir Shah
amirshah@pahang.uitm.edu.my
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > Biotechnology
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: KONAKA Konferensi Akademik 2016
Event Title: KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam
Event Dates: 30 November 2016
Page Range: 345 -349
Keywords: Kompos, mikroorganisma, suhu
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78724
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 78724.pdf] Text
78724.pdf

Download (2MB)

ID Number

78724

Indexing

Statistic

Statistic details