Abstract
Kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara intergratif boleh menjadikan kita memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai dan semasa supaya kecemerlangan intelektual dapat dikembangkan, kekuatan peribadi dapat ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat dibangunkan. Pendidikan integratif bermaksud pendidikan yang memadukan ilmu Fardu Ain, iaitu ilmu yang wajib ke atas setiap Muslim mempelajarinya secara individu seperti ilmu fiqh dan ilmu usul (dasar-dasar agama), dengan Ilmu Fardu Kifayah, iaitu ilmu yang diwajibkan ke atas umat Islam secara kelompok seperti ilmu perubatan, astronomi, seni bina dan sebagainya (AI-Zarnuji). Tujuan penulisan ini untuk menyingkap serta mengambil ibrah tentang al-Qur'an menggambarkan kejayaan umat yang terdahulu tentang seni bina. Ini memberi ruang kepada ahli teknokrat zaman kini menilai, mengkaji dan meneliti kalimah-kalimah Allah yang merupakan tanda-tanda bukti kewujudan dan keagungan Allah s.w.t. Penulisan kajian ini bukan bertujuan untuk memperincikan pemahaman seni bina daripada al-Qur'an, sebaliknya sebaliknya sebagai penemuan penting bahawa ciri-ciri yang dinyatakan di dalam al-Quran ini mengajak manusia menggunakan akal fikiran untuk berfikir tentang kebesaran Allah s.w.t melalui alam maya yang
diciptakan ini. Metodologi kajian berasaskan kepada penelitian ayat-ayat al-Qur'an telah berjaya membawa kepada penyenaraian himpunan sejumlah surah dan ayat yang mempunyai kaitan senibina. (Surah AI-A'raaf: ayat 73-74, Surah Saba': ayat 15,Surah Mu'minun: ayat 26 - 27).
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Budin, Aiza aizabudin@pahang.uitm.edu.my Wan Ahmad, Wan Azmi wanazmi@pahang.uitm.edu.my Jaafar, Dr Abu Bakar drabubakar@pahang.uitm.edu.my Arshad, Norain norainarshad@ymail.com |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2016 |
Event Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam |
Event Dates: | 30 November 2016 |
Page Range: | pp. 304-315 |
Keywords: | Ibrah, kemukjizatan al-qur'an, senibina, seni bina dalam al-qur'an |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78628 |