Formula 4P dalam memperkasakan perkongsian dan penyebaran ilmu / Muhammad Muzakkir Othman …[et al.]

Othman, Muhammad Muzakkir and Jusoh, Mohd Kamal Azman and Mat Dahan, Ahmad Fadhir and Md. Sham, Amiruldin and Mohd Burhan, Norhapizah (2016) Formula 4P dalam memperkasakan perkongsian dan penyebaran ilmu / Muhammad Muzakkir Othman …[et al.]. In: KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam, 30 November 2016, UiTM PAHANG.
Abstract

Ilmu adalah sesuatu yang berkembang dari satu zaman ke zaman. Namun yang paling utama ianya perlu dikongsi serta disebarkan untuk memastikan manfaat yang terhasil akan dapat dikongsi bersama. Dunia tanpa sempadan serta arus globalisasi tanpa kita sedari banyak mempengaruhi gerak kerja serta kehidupan. Kertas kerja ini cuba merungkai 4 konsep serta pendekatan yang perlu diimplimentasikan dalam kehidupan individu untuk memastikan pemerkasaan duma keilmuan dapat digerakkan. Antara yang dikemukakan adalah pendekatan 4P yang meliputi pendidik, penuntut ilmu, pendengar dan pencinta ilmu. Permasalahan kajian dalam penulisan ini adalah untuk menilai sejauh manakah keberkesanan elemen penyebaran ilmu yang telah dipraktikkan oleh para pendakwah, sarna ada menepati sasaran ataupun sebaliknya. Objektif kertas kerja ini untuk menjelaskan peranan komponen 4P ini amat penting dalam menggerakkan kesinambungan budaya perkongsian dan penyebaran ilmu. Hasilnya kombinasi 4P ini akan lebih memberi impak yang besar dalam perkongsian dan penyebaran ilmu lebih-Iebih lagi dalam dunia tanpa sempadan im, bukan hanya bergantung kepada gajet moden semata-mata bahkan ianya perlu digerakkan oleh ransangan dalaman seseorang individu.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 78572.pdf]
Text
78572.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics