Abstract
Transformasi dari Dewan Latihan Rida, Institut Teknologi MARA (ITM) ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada tahun 1999 telah memberi cabaran besar kepada seluruh warganya untuk keluar dari kebiasaan dan mengharungi arus perubahan tempatan dan global yang pesat. Sehubungan dengan itu, peranan pensyarah sebagai barisan hadapan dilihat semakin penting dan pensyarah seharusnya bersedia untuk berubah. Bermula dari hanya sebagai tenaga pengajar yang menyampaikan ilmu di dalam kelas, transformasi perubahan ini telah membuatkan pensyarah keluar dari berada di dalam kelas untuk melibatkan diri dalam proses mencari ilmu, berkongsi ilmu di konferensi-konferensi di dalam dan di luar negara, membuat innovasi, menjadi penasihat pelajar dan bergaul dengan pelbagai peringkat masyarakat melalui program khidmat masyarakat. Semua ini penting bagi membantu melahirkan graduan yang berpengetahuan, berketerampilan dan mempunyai nilai serta etika yang tinggi. Walaubagaimanapun, dalam melahirkan graduan yang 'serba lengkap', masih terdapat beberapa isu yang boleh merencatkan hubungan pensyarah-pelajar yang perlu diambil perhatian. Selain daripada itu terdapat beberapa halangan yang perlu ditangani untuk pelajar mempunyai pemikiran yang kritikal, analitikal dan berpandangan jauh. Penulisan ini akan mengupas permasalahan dalam konteks pengalaman di Fakulti Perakaunan, UiTM
Pahang.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad, Mohamad Azmi Nias mohdazminias@pahang.uitm.edu.my Amat, Mohd Aripin aripin@pahang.uitm.edu.my Hashim, Azizi azizi@pahang.uitm.edu.my Ahmad Shamshudin, Ahmad Mazlan mazlanshamshudin@gmail.com Md Thani, Azlan annasibn_malik@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Graduate education > Graduate students |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2016 |
Event Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam |
Event Dates: | 30 November 2016 |
Page Range: | pp. 238-242 |
Keywords: | Graduan, pensyarah, transformasi, UiTM |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78529 |