Abstract
Tiga orang pensyarah Akademi Pengajian Bahasa, UiTMCPP yang juga merupakan para penasihat Kelab Budi Penyayang UiTMCPP telah menyertai satu program kesukarelawanan di Rumah Kebajikan Anak Kesayangan, Permatang Pauh pada 8 Januari 2023 yang lalu. Projek Rintis Rumah Kebajikan Angkat Penyayang UiTMCPP merupakan satu inisiatif seliaan Kelab Budi Penyayang. Hasil dari projek ini akan membantu kelab menyediakan program jangka panjang secara berkala bersama institusi tersebut dari bulan Mei 2023. Rumah kebajikan ini dipilih berdasarkan logistiknya, lokasinya hanyalah 1.5 km dari UiTMCPP Kampus Permatang Pauh. Tambahan pula, ia menempatkan kanak-kanak perempuan berumur lima sehingga enam tahun dari golongan yatim piatu dan asnaf. Bentuk sokongan yang akan diberikan oleh para sukarelawan kepada penghuni di situ adalah dari segi moral, fizikal dan akademik. Diharap program kesukarelawanan yang dijalankan di situ dapat memanfaatkan para penghuni yang kurang bernasib baik.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Razali, Wan Noorli UNSPECIFIED Seng, Hui Zanne UNSPECIFIED Affendy Lee, Noor Azli UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Hassan, Norhaslinda UNSPECIFIED Chief Editor Razali, Wan Noorli UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA L Education > LG Individual institutions > Asia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Academy of Language Studies |
Journal or Publication Title: | eLingua |
ISSN: | 2600-7134 |
Volume: | 2 |
Keywords: | e-Lingua, Academy of Language Studies, UiTM Pulau Pinang |
Date: | May 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78386 |