Beralih, kehilangan namun mengharap / Rofiza Aboo Bakar

Aboo Bakar, Rofiza (2023) Beralih, kehilangan namun mengharap / Rofiza Aboo Bakar. eLingua, 2. ISSN 2600-7134

Abstract

28 Februari 2023 – Hari ini hari terakhir saya melunaskan tanggungjawab sebagai seorang Ketua Pusat Pengajian. Perasaan gembira kerana beban dan amanah yang telah ditanggung selama empat tahun bercampur-baur dengan perasaan kehilangan dan kekosongan. Saya cuba untuk menidakkan perasaan kehilangan ini tetapi saya tidak mampu menipu diri sendiri. Selama lebih dua dekad saya bertugas, saya telah melalui beberapa fasa peralihan, contohnya dari pensyarah muda ke pensyarah, pensyarah ke pensyarah kanan, ahli jawatankuasa biasa ke ketua jawatankuasa dan banyak lagi. Tetapi fasa peralihan kali ini benar-benar berbeza. Peralihan kali ini menyedarkan saya tentang suatu perasaan kehilangan yang amat. Lebih 30 peratus dari keseluruhan alam pekerjaan dihabiskan mengemudi beberapa portfolio tertentu dan kini ianya bakal berakhir. Mungkinkah kerana saya telah menginjak ke usia 50-an dan perlahan-lahan sedang menghitung tahun dan hari untuk meninggalkan alam pekerjaan tidak berapa lama sahaja lagi? Saya fikir saya adalah seorang yang pelik tetapi menerusi pembacaan dan perbualan dengan rakan-rakan lain yang telah melalui fasa peralihan dan meniti perasaan kehilangan ini, perasaan ini benar dan boleh memudaratkan jika dibiarkan. Oleh itu, individu seperti saya harus melakukan beberapa perkara untuk mengelak dari terjerat dengan perasaan ini. Saya kongsikan dengan pembaca 3 perkara yang telah dianjurkan oleh pakar psikologi.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Aboo Bakar, Rofiza
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Hassan, Norhaslinda
UNSPECIFIED
Chief Editor
Razali, Wan Noorli
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
L Education > LG Individual institutions > Asia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Academy of Language Studies
Journal or Publication Title: eLingua
ISSN: 2600-7134
Volume: 2
Keywords: e-Lingua, Academy of Language Studies, UiTM Pulau Pinang
Date: May 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78381
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 78381.pdf] Text
78381.pdf

Download (412kB)

ID Number

78381

Indexing

Statistic

Statistic details