Abstract
Pada Julai 1997, keadaan menjadi gempar di Bursa Saham Kuala Lumpur. Harga-harga saham jatuh mendadak. Matawang ringgit pula mula jatuh menjunam. Keadaan ekonomi negara bermula pada saat itu mula menunjukkan kegawatan yang terus menjadi semakin teruk. Malaysia turut terheret sama ke kancah kegawatan senasib dengan negara-negara lain di rantau Asia. Kesan kegawatan ekonomi ini bukan hanya dirasai oleh kerajaan dan golongan koporat malah turut dideritai oleh segenap lapisan masyarakat. Kesan yang paling ketara ialah kenaikan harga barang. kenaikan harga barang ini merupakan kesan langsung kegawatan ekonomi ke atas anggota masyarakat. Berdasarkan keadaan iniiah maka penyelidikan kami dibuat iaitu untuk Melihat kesan kegawatan ke atas satu komuniti masyarakat dan melihat reaksi yang mereka tunjukkan terhadap masalah ini. Masalah yang kelihatan global ini perlu diselidiki di peringkat yang paling rendah untuk melihat kesan sebenar kegawatan ini ke atas anggota masyarakat.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wilson Mergie, Belinda UNSPECIFIED Sigan, Christina UNSPECIFIED Duin Dull, Frankie Wranthye UNSPECIFIED Abai, Margaret UNSPECIFIED Brahim, Michaeline UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Business cycles. Economic fluctuations. Economic indicators H Social Sciences > HJ Public Finance > Expenditures, Public |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak |
Programme: | Diploma Pentadbiran Awam |
Keywords: | perancangan, perbelanjaan, keluarga, kegawatan ekonomi |
Date: | April 1999 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78274 |
Download
78274.pdf
Download (370kB)