Abstract
Memajukan rakyat di negara ini merupakan salah satu daripada objektif kerajaan negeri selaras dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB 1971 hingga 1990) dan Dasar Pembangunan Negara (1991 - 2000). Kerajaan sangat prihatin dengan tahap sosio dan ekonomi rakyat terutama yang tinggal di luar bandar. Kerajaan negeri melalui Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) telah berusaha untuk membangunkan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang berjumlah 1.5 juta hektar. SALCRA akan memajukan tanah NCR ini dengan cara yang lebih moden, berkomersil dan secara estet supaya lebih produktif dan menguntungkan, membentuk pekerjaan dalam sektor pertanian, perniagaan, perindustrian dan berbagai peluang untuk penduduk setempat. Buat masa sekarang, tanah NCR ini sangat luas dan kurang dibangunkan atau tidak dibangunkan langsung. Ini kerana tuan pemilik NCR tidak berupaya memajukan secara komersil dan mereka ini juga terdiri daripada golongan miskin. Rakyat luar bandar kaya dengan tanah tapi miskin dari segi modal. Menyedari jurang perbezaan pendapatan yang sangat ketara ini pengkaji telah bersusah payah untuk mencungkil maklumat serta peranan yang dimainkan oleh SALCRA untuk mengatasi masalah ini. Pengkaji akan membuat kajian tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh SALCRA serta mengemukakan beberapa cadangan membina bagi membantu SALCRA membangunkan tanah NCR di Sarawak.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Paul Nuing, Andrew UNSPECIFIED Briak, Janting UNSPECIFIED Yampil, Philip Tay UNSPECIFIED Tela, Roselyn UNSPECIFIED Chupong, Sagat UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Land tenure H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Agriculture > Agricultural associations, societies, etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak |
Programme: | Diploma Pentadbiran Awam |
Keywords: | SALCRA, tanah hak adat bumiputra, pembangunan luar bandar |
Date: | July 1998 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78265 |
Download
78265.pdf
Download (392kB)