Abstract
Masa berlalu begitu cepat, tahun 2023 sudah bermula selama satu bulan setengah yang lalu. Putaran aktiviti seakan tidak berhenti. Acara sukan, akademik, kesihatan, khidmat masyarakat telah dijalankan sepanjang tahun ini. Sedar tidak sedar masa terus beredar, manusia tetap berubah mengikut edaran alam, yang lanjut usia meninggalkan kita, yang remaja menganjak dewasa dan yang kecil akan membesar mengikut kala. Kali ini Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah menyertai program Misi Akademik anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan Bertam Perdana sempena sambutan Hari Koperasi Sekolah dan Malam Kesenian Islam pada 11 Februari 2023. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan melibatkan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Bertam Perdana. Jelas ini menunjukkan pihak pentadbiran sekolah tersebut mempunyai visi dan misi untuk meningkatkan ilmu dan pengetahuan para pelajarnya. Melalui misi akademik tersebut, para pelajar didedahkan kepelbagaian peluang yang mendatangkan nilai tambahan dalam pengetahuan pelajar itu sendiri. Gerai-gerai jualan makanan dan minuman yang diselenggarakan oleh pelajar-pelajar dilihat dapat membina keyakinan diri dalam urusan berjual beli dengan masyarakat luar. Apa yang lebih menarik, terdapat satu sudut untuk mendedahkan para pelajar dalam bidang teknikal dan kemahiran. Jentera seperti motor ditempatkan dan mereka diberi peluang untuk memperbaiki kerosakan kecil pada motor berkenaan. Aktiviti sebegini dapat meningkatkan kemahiran atau minat mereka dalam bidang permotoran dan mendedahkan kepada peluang pekerjaan kelak. Bertugas pada waktu pagi seawal jam 8:30 tidaklah menjanjikan kunjungan yang tinggi jumlahnya. Namun demikian, UiTMCPP yang sedang berusaha untuk menempatkan diri di peringkat global sememangnya mendapat kepercayaan dalam golongan penjaga dan ibubapa termasuk pelajar itu sendiri. Dalam masa 2 jam bertugas, UiTMCPP menerima beberapa kunjungan yang terdiri daripada golongan ibubapa yang berminat memilih institusi ini untuk anak-anak mereka untuk menerima pendidikan tinggi. Ratarata ibu bapa dan pelajar-pelajar datang dengan membawa harapan untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang kursus-kursus pembelajaran yang ditawarkan. Risalah dan penerangan juga diberikan kepada yang berminat. Terlintas sejenak dalam fikiran, puluhan tahun yang lalu para petugas pun melalui proses yang sama dalam memilih pusat pengajian tinggi selepas menerima keputusan peperiksaan SPM, cuma caranya tidak semudah masa kini, sekarang semuanya di hujung jari kerana kini permohonan dilakukan secara atas talian. Bersesuaian edaran zaman, proses permohonan dan pemilihan secara ini dilihat lebih telus.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Desa, Melati UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Hassan, Norhaslinda UNSPECIFIED Chief Editor Razali, Wan Noorli UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Academy of Language Studies |
Journal or Publication Title: | eLingua |
ISSN: | 2600-7134 |
Volume: | 2 |
Keywords: | e-Lingua, Academy of Language Studies, UiTM Pulau Pinang |
Date: | May 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78245 |