Abstract
Bencana alam merupakan salah satu proses semula jadi di dunia. Sesetengah masyarakat menganggapnya sebagai musibah dan ujian dari Allah SWT. Manakala sebilangan dari kita merasakan bahawa ia merupakan musibah dan tidak mendatangkan apa-apa manfaat. Atas alasan tersebut, mengapa sehingga kini, manusia masih melakukan pelbagai kajian terhadap bencana alam supaya apabila berlakunya bencana alam ini, akibatnya perlu dielakkan dengan apa cara sekalipun. Namun begitu, jika diamati maksud Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 155 dan hadis riwayat Muslim, atTurmudzi dan an-Nasai membuktikan bahawa sesuatu yang Allah jadikan walaupun musibah pasti ada manfaatnya. Artikel ini ditulis bertujuan mengupas apakah manfaat di sebalik sesuatu bencana alam di mana adakah benar ianya hanyalah musibah semata-mata atau sebaliknya. Kajian kes dilakukan terhadap satu (1) kejadian bagi setiap bencana alam di Malaysia. Bencana alam sememangnya nyata memberikan
pelbagai musibah. Apa yang penting adalah bagaimana kita sebagai manusia umumnya dan umat Islam khususnya menerima dan menangani musibah ini. Semoga artikel ini dapat sedikit sebanyak dijadikan sebagai panduan bahawa bencana alam adalah sebahagian dari proses kehidupan yang perlu kita hadapi di dunia dan apabila saat kita menghadapinya, kita menghadapinya dengan sabar serta yakin bahawa ia adalah ujian Allah SWT semata-mata yang mempunyai manfaat disebaliknya.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Bachok, Mohd Fairuz mohdfairuz@pahang.uitm.edu.my Kamarden, Hanafiah hanafiah.bin.kamarden@gmail.com Mohd Latib, Farah Wahida farahwahidaml@pahang.uitm.edu.my Muda, Mohd Fakri fakrimuda@pahang.uitm.edu.my Zainudin, Mohd Razmi razmi74@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences > Environmental conditions. Environmental quality. Environmental indicators. Environmental degradation > Environmental disasters |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2016 |
Event Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam |
Event Dates: | 30 November 2016 |
Page Range: | pp. 99-107 |
Keywords: | Bencana alam, manfaat, musibah |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78205 |