Etika kerja Islam dan komitmen organisasi di kalangan kakitangan pentadbiran di institut pengajian tinggi awam Malaysia / Noorsuraya Mohd Mokhtar, Norlaili Harun and Noor Dalila Musa

Mohd Mokhtar, Noorsuraya and Harun, Norlaili and Musa, Noor Dalila (2016) Etika kerja Islam dan komitmen organisasi di kalangan kakitangan pentadbiran di institut pengajian tinggi awam Malaysia / Noorsuraya Mohd Mokhtar, Norlaili Harun and Noor Dalila Musa. In: KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam, 30 November 2016, UiTM PAHANG.

Abstract

Secara umumnya, setiap individu bekerja untuk menyara kehidupan diri sendiri dan keluarga. Menurut perspektif Islam, amalan mencari rezeki yang halal merupakan salah satu usaha atau amalan yang mulia dan murni kerana bertujuan menampung kehidupan dengan cara yang dibenarkan syarak. Etika kerja dalam Islam merupakan etika yang diamalkan oleh pekerja-pekerja berlandaskan ajaran yang terkandung di dalam AI-Quran dan Sunnah. Manakala Komitmen Organisasi pula ditakrifkan sebagai sifat hubungan antara individu dengan organisasi kerja. Secara amnya hanya individu yang mempunyai keyakinan diri terhadap nilai dan tujuan organisasi kerja, serta komitmen yang kuat untuk menjadi sebahagian daripada organisasi kerja mampu merealisasikan matlamat organisasi. Ini adalah sebahagian daripada faktor yang diperlukan dalam sesebuah organisasi untuk menjayakan misi dan visi organisasi. Kajian ini bertujuan mengkaji sarna ada wujud hubungan dan pengaruh antara elemen yang terkandung dalam Etika Kerja Islam terhadap Komitmen Organisasi di kalangan kakitangan pentadbiran di Institut Pengajian Tinggi Awam di negeri Pahang. Untuk mendapatkan maklum balas, satu set borang soal selidik telah diedarkan kepada 60 orang kakitangan pentadbiran yang telah dipilih dan empat (4) unit di lnstitut Pengajian Tinggi Awam tersebut. Teknik persampelan secara rawak mudah telah diguna pakai bagi memilih sampel bagi kajian ini. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian "Statistical Package For The Social Science (SPSS) version 23 ". Hasil kajian ini mendapati terdapat korelasi yang positif tetapi lemah di antara Etika Kerja Islam dan Komitmen Organisasi. Ini bermakna walaupun etika kerja Islam tidak diamalkan sepenuhnya di lPTA tersebut, namun para pekerjanya sentiasa komited dan memberikan yang terbaik dalam pekerjaan mereka.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Mokhtar, Noorsuraya
noorsuraya@pahang.uitm.edu.my
Harun, Norlaili
norlaili@pahang.uitm.edu.my
Musa, Noor Dalila
noordalila@pahang.uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic ethics
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: KONAKA Konferensi Akademik 2016
Event Title: KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam
Event Dates: 30 November 2016
Page Range: pp. 64-74
Keywords: Etika kerja islam, komitmen organisasi
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78200
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 78200.pdf] Text
78200.pdf

Download (5MB)

ID Number

78200

Indexing

Statistic

Statistic details