Kit BanTow: solusi langkah pertama pasca perceraian / Marziana Abd Malib … [et al.]

Abd Malib, Marziana and Rabu, Noormala and Ismail, Maymunah and Mohd Aziz, Mohd Khairul Nizam and Ayub, Mohamad Shafiei and Ibrahim, Khalilah (2022) Kit BanTow: solusi langkah pertama pasca perceraian / Marziana Abd Malib … [et al.]. Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF), 4 (2). pp. 124-139. ISSN 2590-3942 (Submitted)

Official URL: http://www.cipsf.my/#

Abstract

Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia 2020, jumlah ibu tunggal di Malaysia direkodkan hampir mencecah 1 juta orang. Ibu tunggal ini berhadapan dengan cabaran seperti ketidakstabilan ekonomi, urusan tuntutan hak selepas perceraian dan stigma masyarakat. Kesan penceraian ini menggugat kesejahteraan hidup wanita dan anak yang membesar tanpa ayah yang turut menyebabkan tekanan emosi. Masalah utama yang dihadapi adalah kekeliruan dalam mengambil langkah awal selepas berlakunya perceraian. Kebanyakan ibu tunggal tidak jelas kepada siapakah mereka mahu mengadu dan organisasi manakah yang patut dirujuk untuk menyelesaikan urusan berkaitan tuntutan hak mereka dan meneruskan kelangsungan hidup pasca perceraian. Ini adalah kerana, tidak terdapat satu panduan seperti senarai semak sebagai rujukan yang menyeluruh untuk membantu para ibu tunggal ini. Malah kebiasaannya, Jabatan Agama Islam lebih memfokuskan kepada perbincangan isu pembahagian harta dan hak selepas penceraian secara umum sahaja. Malah ketiadaan rujukan dalam bentuk senarai semak sebagai panduan dan langkah awal yang membimbing para ibu tunggal, menyukarkan mereka menguruskan tuntutan dan kehidupan selepas perceraian. Oleh itu kajian ini membina satu kit yang dinamakan Kit BanTow yang bermaksud “Bantu anak tolong wanita”. Kit ini mengandungi senarai semak hak-hak yang boleh dituntut oleh ibu tunggal dan senarai organisasi-organisasi penting berkaitan yang dilengkapi dengan QR Code supaya rujukan terus boleh dibuat. Objektif kit ini adalah pemudah cara dalam membantu dan membimbing wanita memulakan tuntutan selepas penceraian. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah pendekatan kualitatif dengan mengaplikasikan perbincangan kumpulan berfokus dan temubual separa berstruktur dengan pihak-pihak di organisasi yang berkaitan secara langsung dalam hal ehwal hak-hak wanita selepas perceraian. Manakala pemilihan informan adalah berdasarkan pensampelan bertujuan iaitu di kalangan ibu tunggal dengan kaedah temubual separa berstruktur. Keistimewaan Kit Ban Tow ini selain memudahkan ibu tunggal merujuk dalam mengambil tindakan awal, ia turut membantu Jabatan Agama Islam, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan para kaunselor dalam menyampaikan informasi dan membimbing para ibu tunggal. Ia bermanfaat membantu ibu tunggal memulakan langkah awal sebagai rujukan pasca penceraian dan ia turut memberi sinar harapan kepada ibu tunggal kerana ia dilengkapi dengan hak-hak yang boleh dituntut dan mengandungi maklumat organisasi berkaitan dalam meneruskan kelangsungan kehidupan pasca perceraian.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abd Malib, Marziana
marziana@uitm.edu.my
Rabu, Noormala
sufmala@uitm.edu.my
Ismail, Maymunah
maymu791@uitm.edu.my
Mohd Aziz, Mohd Khairul Nizam
nizam_aziz@uitm.edu.my
Ayub, Mohamad Shafiei
shafieiayub@uitm.edu.my
Ibrahim, Khalilah
khalilah375@uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > The family. Marriage. Home > Divorce
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Islamic Philanthropy and Social Finance (JIPSF)
ISSN: 2590-3942
Volume: 4
Number: 2
Page Range: pp. 124-139
Keywords: Hak Wanita; Pasca perceraian; Garis panduan
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78175
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 78175.pdf] Text
78175.pdf

Download (892kB)

ID Number

78175

Indexing

Statistic

Statistic details