Mekanisme i-CSR sebagai medium kelestarian kewangan golongan miskin rentan / Norajila Che Man, Mohd Faizal P. Rameli dan Wan Noor Hazlina Wan Jusoh

Che Man, Norajila and P. Rameli, Mohd Faizal and Wan Jusoh, Wan Noor Hazlina (2022) Mekanisme i-CSR sebagai medium kelestarian kewangan golongan miskin rentan / Norajila Che Man, Mohd Faizal P. Rameli dan Wan Noor Hazlina Wan Jusoh. Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF), 4 (2). pp. 53-71. ISSN 2590-3942 (Submitted)

Abstract

Miskin rentan merujuk kepada golongan individu yang menjadi miskin secara tiba-tiba tanpa mereka bersedia menghadapinya. kemiskinan rentan boleh berlaku disebabkan hilang punca pendapatan disebabkan oleh ketidaktentuan ekonomi kerana pandemik atau bencana. Oleh itu, perlunya mekanisme yang mapan bagi mencapai matlamat kebajikan sosial dan kesejahteraan ekonomi untuk golongan ini. Pembentukan mekanisme i-CSR yang mapan dan holistik mampu menterjemahkan matlamat inisiatif Pengantaraan Berasaskan Nilai (Value-Based Intermediation-VBI) oleh Bank Negara bagi memacu fungsi dan potensi perbankan Islam ke peringkat yang lebih tinggi di samping membantu kerajaan mencapai matlamat 1 SDG 2030 iaitu pembasmian kemiskinan. Bagi mencapai matlamat kelestarian kewangan golongan miskin rentan, kajian ini dilakukan untuk (i) menyiasat mekanisme CSR yang digunakan dalam perbankan Islam di Malaysia dan (ii) menganalisis potensi mekanisme i-CSR dalam membantu golongan miskin rentan mendapatkan pembiayaan dari perbankan Islam. Kajian ini mengadaptasi kaedah kajian eksplorasi melalui kaedah temu bual dan analisis kandungan kajian terdahulu bagi memahami konsep CSR dan i-CSR. Kaedah temu bual dilakukan terhadap informan yang berautoriti dalam mengupas persoalan mengenai CSR dan i-CSR. Data yang telah dikumpulkan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan pembentukan mekanisme i-CSR yang standard untuk perbankan Islam di Malaysia mampu merealisasikan agenda pertama Matlamat Pembangunan Mapan 2030 (Sustainable Developments Goals-SDGs) iaitu menghapuskan segala bentuk kemiskinan melalui pemerkasaan pembiayaan mikro untuk golongan miskin rentan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Che Man, Norajila
norajila@uitm.edu.my
P. Rameli, Mohd Faizal
faizal061@uitm.edu.my
Wan Jusoh, Wan Noor Hazlina
wanno561@uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions > Poor. Poverty
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Islamic Philanthropy and Social Finance (JIPSF)
ISSN: 2590-3942
Volume: 4
Number: 2
Page Range: pp. 53-71
Keywords: CSR; i-CSR ; Miskin rentan; Perbankan islam
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78163
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 78163.pdf] Text
78163.pdf

Download (570kB)

ID Number

78163

Indexing

Statistic

Statistic details