Abstract
Kertas kerja ini bertujuan untuk meneroka sampel yang berskala kecil untuk digunakan dalam kajian sebenar yang berjudul kajian rintis terhadap impak pandemik COVID-19 ke atas taraf hidup isi rumah B40. Justeru, kajian ini bertujuan mengesahkan instrumen dan menentukan impak penularan wabak pandemik COVID-19 ke atas taraf hidup ekonomi isi rumah B40 Melayu yang tinggal di Lembah Klang serta bantuan bersasar oleh kerajaan kepada golongan ini. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan program Statistical Packages for The Social Sciences (SPSS) versi 25 untuk melihat tahap Alpha Cronbach. Golongan isi rumah B40 di Lembah Klang terlibat dalam kajian rintis ini melalui data soal selidik seramai 50 orang isi rumah. Tahap kebolehpercayaan soal selidik ini adalah 0.806 iaitu tahap kebolehpercayaan sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi yang tinggi. Hasil kajian mendapati pandemik COVID-19 telah memberi kesan besar ke atas taraf hidup dan kesejahteraan ekonomi golongan B40 Melayu di Lembah Klang kerana golongan ini mudah terjejas dan terancam. Pelaksanaan PKP menyebabkan kadar kemiskinan negara meningkat 8.4% pada tahun 2020 berbanding 5.6 % pada tahun 2019. Oleh itu, kajian rintis ini membantu pengkaji membentuk kajian sebenar yang sah dan bolehpercaya. Jika kajian sebenar berjaya dilakukan maka kajian ini dapat membantu pihak berwajib menambahbaik kaedah pelaksanaan yang sedia ada agar dapat mencapai hasrat kerajaan dan Sustainable Development Goals (SDG) bagi matlamat bangunan mampan mencapai sifar miskin yang dirancang pada tahun 2025.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ibhrim, Zuriani zuriani@gapps.kptm.edu.my Zur Raffar, Izzah Nur Aida izzahnur@uitm.edu.my Mujani, Wan Kamal inawan@ukm.edu.my Yaacob, Salmy Edawati salmy1001@ukm.edu.my |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Demographic surveys |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Journal or Publication Title: | Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Journal of Islamic Philanthropy and Social Finance (JIPSF) |
ISSN: | 2590-3942 |
Volume: | 4 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 17-28 |
Keywords: | Pandemik; COVID-19; Taraf hidup; Isi rumah B40 |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78149 |