Transliterasi naskhah risalah pada menyatakan hukum jual beli dan hukum riba (MS 2276) / Nurhidayah Muhd Hashim, Fairuzah Basri and Prof. Madya Dr. Mujaini Tarimin

Muhd Hashim, Nurhidayah and Basri, Fairuzah and Tarimin, Mujaini (2006) Transliterasi naskhah risalah pada menyatakan hukum jual beli dan hukum riba (MS 2276) / Nurhidayah Muhd Hashim, Fairuzah Basri and Prof. Madya Dr. Mujaini Tarimin. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Naskhah Risalah Pada Menyatakan Hukum Jual Beli dan Hukum Riba merupakan salah satu daripada ribuan naskhah manuskrip yang berada dalam koleksi Pusat Manuskrip Melayu (PMM), Perpustakaan negara Malaysia (PNM). Naskhah ini mengandungi penjelasan mengenai amalan jual beli yang dianjurkan oleh Islam dan memperincikan hukum riba yang diharamkan. Pengarang naskhah menggunakan pendekatan ayat al Qur'an, Hadis Nabi dan juga ulasan para ulama salaf al-salih semasa membentangkan amalan jual beli yang diharuskan oleh syarak dan amalan riba yang diharamkan. Naskhah ini telah menyentuh perkara asas dalam amalan jual beli seperti rukun dan syarat jual beli yang diharuskan. Demikian juga amalan riba yang diharamkan. Menerusi naskhah ini, pembaca dapat memahami tatacara jual beli yang bersih, telus dan sihat dalam amalan masyarakat Islam. Pembaca juga dapat memahami sebab-sebab pengharaman riba dalam masyarakat Islam. Penjelasan terperinci ini menggambarkan ketinggian semangat ketauhidan dan kebersihan amalan jual beli Islam yang cuba diterapkan oleh pengarang naskhah kepada masyarakat tempatan khasnya dan masyarakat Islam seluruhnya. Keterangan yang jelas pada contoh-contoh tempatan memberikan satu gambaran mengenai hubungan erat pengarang dengan aktiviti sosial setempat. Isu yang dibentangkan oleh naskhah ini juga begitu relevan dengan situasi masyarakat Islam masa kini yang sedang berusaha mempelbagai produk muamalat Islam.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Muhd Hashim, Nurhidayah
UNSPECIFIED
Basri, Fairuzah
UNSPECIFIED
Tarimin, Mujaini
UNSPECIFIED
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC) > Institute of Research, Development and Commercialization (IRDC)
Keywords: jual beli, riba, hukum
Date: 2006
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78144
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 78144.pdf] Text
78144.pdf

Download (156kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

78144

Indexing

Statistic

Statistic details