Penentuan asnaf fakir dan miskin berdasarkan multidimensi di Selangor dan Kuala Lumpur / Nurfitriyah Salihah Shaharin

Shaharin, Nurfitriyah Salihah (2022) Penentuan asnaf fakir dan miskin berdasarkan multidimensi di Selangor dan Kuala Lumpur / Nurfitriyah Salihah Shaharin. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Kajian membincangkan mengenai penentuan kemiskinan dalam kalangan asnaf fakir dan miskin. Sejak dahulu lagi Malaysia telah menggunakan dimensi pendapatan atau kewangan untuk mengukur kemiskinan. Kaedah ini dianggap kurang tepat untuk memberi petunjuk mengenai kemiskinan. Bahkan, kadar kemiskinan di Malaysia dikatakan jauh lebih tinggi berbanding angka rasmi sebenar. Ini kerana Malaysia masih menggunakan garis kemiskinan yang terlalu rendah dan tidak mencerminkan kos sara hidup sebenar untuk mengukur tahap kemiskinan. Lantaran itu, kerajaan telah menambahbaik dengan melaksanakan kajian semula Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI) untuk menjadi pelengkap kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) sedia ada dengan mengambil kira tiga dimensi tambahan iaitu kesihatan, pendidikan dan taraf hidup. Oleh itu, kajian ini mengandungi tiga objektif, pertama, ia bertujuan menjelaskan konsep kemiskinan multidimensi. Kedua, untuk menganalisis indikator kemiskinan multidimensi dalam penentuan asnaf. Ketiga, untuk mencadangkan gari panduan penentuan asnaf fakir dan miskin berdasarkan kerangka kemiskinan multidimensi. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif. Kaedah kajian temu bual digunakan dalam proses pengumpulan data. Hasil dapatan kajian menunjukkan penentuan asnaf fakir dan miskin di LZS dan MAIWP telah menggunakan pendekatan unidimensi dan multidimensi dalam had kifayah yang mana pengukuran kemiskinan telah mengambil kira aspek kuantiti iaitu pendapatan manakala aspek kualiti terdiri daripada pelbagai dimensi iaitu pendidikan, kesihatan, makanan, taraf hidup (kesejahteraan), pengangkutan, dan mentaliti. Justeru, kajian ini dilihat dapat memberi sumbangan dalam menambahbaik indikator penentuan asnaf fakir dan miskin sedia ada dan pada masa yang sama dapat membantu institusi zakat di Malaysia serta pihak berwajib dalam menentukan fakir dan miskin dalam usaha membasmi kemiskinan

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Shaharin, Nurfitriyah Salihah
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Bhari, Azri
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > Poor in cities. Slums
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > Protection, assistance and relief
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Sarjana (Pengajian Islam Kontemporari)
Keywords: Zakat, fakir, asnaf
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78115
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 78115.pdf] Text
78115.pdf

Download (114kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

78115

Indexing

Statistic

Statistic details