Abstract
FELDA (Federal Land Development Authority) telah membuka dan memajukan tanah diseluruh negara. FELDA turut berperanan untuk menggerakkan pertumbuhan masyarakat yang seimbang dan kehidupan yang sempurna. Peranan yang dimainkan oleh FELDA boleh dilihat melalui strategi dalam pembangunan petempatan. Perjalanan FELDA telah memasuki peringkat terakhir bagi pusingan pertama. Sebilangan besar kawasan petempatannya telah memasuki peringkat tanaman semula. Bagi menghadapinya, FELDA telah menggariskan proses – proses tanaman semula yang perlu dilalui bagi menjamin kesinambungan pembangunan yang telah dijalankannya. Walaupun FELDA telah bersedia, namun peringkat ini mengundang pelbagai masalah sosioekonomi yang mempunyai risiko pada masa hadapan. Ini dilihat melalui penemuan yang diperolehi dari kajian yang dijalankan. FELDA sewajarnya menangani peringkat ini melalui pemantapan peranan yang berkesan dan menyeluruh. Faktor keadaan sosioekonomi semasa dan masa hadapan perlu diambilkira dalam perancangannya. Ini dapat dilihat melalui peringkat cadangan yang dikemukakan.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad, Shamsudin UNSPECIFIED |
Subjects: | S Agriculture > SB Plant culture |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Sosioekonomi, tanaman semula, sektor pertanian |
Date: | 1996 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77983 |
Download
77983.pdf
Download (116kB)