Fungsi ilustrasi dalam membentuk perkembangan mental kanak-kanak melalui bahan bacaan / Mohd Hatta Bajuri

Bajuri, Mohd Hatta (1994) Fungsi ilustrasi dalam membentuk perkembangan mental kanak-kanak melalui bahan bacaan / Mohd Hatta Bajuri. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Ketinggian taraf sesuatu negara itu terletak bukan sahaja pada pencapaian hasil usaha dan tekniknya tetapi juga kekayaan kebudayaan, adat resam, budi pekerti dan kesenian. Apabila membicarakan tentang seni, secara tidak langsung kita akan bertanya apakah itu seni dan bagaimanakah rupa seni itu. Sebenarnya seni adalah merupakan suatu yang amat indah dan halus serta tersembunyi di mana ianya merupakan satu anugerah Tuhan kepada makhluknya. Malaysia mempunyai warisan budaya yang terkaya dalam beberapa bidang seni - Senitari, Senibina, Seniukir dan lain-lain lagi. Dalam bidang seni tampak pula, senilukis merupakan/melambangkan kemajuan negara dalam bentuk moden sebagai penyataan jiwa masyarakat Malaysia. Dengan tertubuhnya Kajian Senilukis dan Senireka, cabang senilukis ini telah diperluaskan kepada beberapa bidang seni seperti Seni Grafik, Seni Perusahaan Tembikar, Seni Lagam Halus, Seni Halus, Seni Perindustrian, Seni Fesyen, Seni Tekstil, Seni Fata dan Seni Muzik. Seni ilustrasi untuk bahan bacaan merupakan suatu yang amat indah di mana ia merupakan cabang kepada Seni Grafik. llustrasi memainkan peranan yang penting khususnya pembacaan kanak-kanak. llustrasi bukan sahaja menjadi daya penarik bagi sesebuah buku itu malah berfungsi sebagai memberi penerangan lanjut kepada teks. Dalam dekad perkembangan media masa kini, pengawasan adalah perlu kerana kanak-kanak mula berjinak dengan buku ketika berusia tiga tahun. Masa inilah rasa 'ingin tahu' menyubur walaupun kata bertulis belum mereka kenal tetapi mereka tetap 'membaca'. lni merupakan saat penting kerana apa yang diberikan kepada mereka ketika ini akan mencorak perkembangan pemikiran serta pembentukan watak sepanjang hayat. Justeru itu inilah fungsi ilustrasi di mana kalau dari awal kanak-kanak ini di biasakan dengan buku-buku yang berilustrasi yang bermutu, tabiat gemar membaca akan kekal sampai bila-bila.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Bajuri, Mohd Hatta
89706947
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Art and Design
Programme: Diploma in Graphic Design
Keywords: Bacaan, proses ilustrasi, kanak-kanak
Date: 1994
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77981
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 77981.pdf] Text
77981.pdf

Download (1MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

77981

Indexing

Statistic

Statistic details