Abstract
Ketinggian taraf sesuatu negara itu terletak bukan sahaja pada pencapaian hasil usaha dan tekniknya tetapi juga kekayaan kebudayaan, adat resam, budi pekerti dan kesenian. Apabila membicarakan tentang seni, secara tidak langsung kita akan bertanya apakah itu seni dan bagaimanakah rupa seni itu. Sebenarnya seni adalah merupakan suatu yang amat indah dan halus serta tersembunyi di mana ianya merupakan satu anugerah Tuhan kepada makhluknya. Malaysia mempunyai warisan budaya yang terkaya dalam beberapa bidang seni - Senitari, Senibina, Seniukir dan lain-lain lagi. Dalam bidang seni tampak pula, senilukis merupakan/melambangkan kemajuan negara dalam bentuk moden sebagai penyataan jiwa masyarakat Malaysia. Dengan tertubuhnya Kajian Senilukis dan Senireka, cabang senilukis ini telah diperluaskan kepada beberapa bidang seni seperti Seni Grafik, Seni Perusahaan Tembikar, Seni Lagam Halus, Seni Halus, Seni Perindustrian, Seni Fesyen, Seni Tekstil, Seni Fata dan Seni Muzik. Seni ilustrasi untuk bahan bacaan merupakan suatu yang amat indah di mana ia merupakan cabang kepada Seni Grafik. llustrasi memainkan peranan yang penting khususnya pembacaan kanak-kanak. llustrasi bukan sahaja menjadi daya penarik bagi sesebuah buku itu malah berfungsi sebagai memberi penerangan lanjut kepada teks. Dalam dekad perkembangan media masa kini, pengawasan adalah perlu kerana kanak-kanak mula berjinak dengan buku ketika berusia tiga tahun. Masa inilah rasa 'ingin tahu' menyubur walaupun kata bertulis belum mereka kenal tetapi mereka tetap 'membaca'. lni merupakan saat penting kerana apa yang diberikan kepada mereka ketika ini akan mencorak perkembangan pemikiran serta pembentukan watak sepanjang hayat. Justeru itu inilah fungsi ilustrasi di mana kalau dari awal kanak-kanak ini di biasakan dengan buku-buku yang berilustrasi yang bermutu, tabiat gemar membaca akan kekal sampai bila-bila.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Bajuri, Mohd Hatta 89706947 |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Art and Design |
Programme: | Diploma in Graphic Design |
Keywords: | Bacaan, proses ilustrasi, kanak-kanak |
Date: | 1994 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77981 |
Download
77981.pdf
Download (1MB)