Abstract
Dewasa ini pembangunan sektor industri menjadi isu yang penting di mana-mana negara. Setiap negara yang sedang melaksanakan pembangunan sentiasa berusaha secara maksima bagi memajukan perekonominya yang sesuai dengan potensi yang dipunyai oleh setiap negara bersangkutan. Supaya potensi tersebut dapat memberikan manfaat yang optima, maka setiap negara bersaing untuk memajukan pembangunan sektor industrinya. Ianya dianggap sebagai langkah yang paling baik bagi meningkatkan taraf perekonomian negara, iaitu melalui peningkatan kualiti dan kuantiti barangan produksi. Namun demikian, aktiviti-aktiviti perindustrian sediaada sering menimbulkan masalah kesan persekitaran. Ianya disebabkan oleh kerana kurangnya kawalan terhadap lokasi kawasan industri pada sesebuah bandar. Sebagai akibatnya, aktiviti-aktiviti perindustrian ini menyebabkan kesan negatif terhadap alam sekitar serta hartanah-hartanah yang berhampiran dengannya. Kualiti alam sekitar menjadi buruk, misalnya disebabkan oleh pencemaran air, udara mahupun tanah kerana aktiviti industri yang berterusan dan tidak menyediakan kerja pengawasan dan kawalan bagi kesan luaran yang ditimbulkan.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sri Basoeki, Mawad UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Awang, Norini UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Industry |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah (Kepujian) |
Keywords: | Sektor perindustrian, pasaran hartanah, polisi kerajaan tempatan |
Date: | 1997 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77957 |
Download
77957.pdf
Download (155kB)