Proses dan bentuk kerja komunikasi Jabatan Penerangan Pasir Mas, keberkesanannya dalam penyampaian maklumat kepada masyarakat umum / Adam Sakeri Iberahim … [et al.]

Iberahim, Adam Sakeri and Abd Majid, Mohd Nizan and Isa, Mazlan and Idris, Mazlan and Yusuf, Kashmir (2003) Proses dan bentuk kerja komunikasi Jabatan Penerangan Pasir Mas, keberkesanannya dalam penyampaian maklumat kepada masyarakat umum / Adam Sakeri Iberahim … [et al.]. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Kajian ini adalah merupakan satu kajian kes yang cuba memaparkan sejauh mana keberkesanan proses dan bentuk komunikasi yang dijalankan oleh para Pegawai di Jabatan Penerangan Jajahan Pasir Mas, Kelantan. Kajian ini bertujuan untuk meneliti keberkesanan program­program komunikasi dan penyampaian maklumat kepada masyarakat umum. Dalam kajian ini kami dapat maklumat dari data primer/data mentah dan juga data-data skunder melalui agen-agen kerajaan, swasta dan badan berkanun bagi menguatkan rumusan kajian dan penyelidikan kami. Kumpulan kami memilih Jajahan Pasir Mas sebagai kawasan kajian kerana ianya adalah merupakan Jajahan yang kedua besar dinegeri Kelantan. Disamping itu juga ia merupakan Jabatan Penerangan yang kedua ramainya kakitangan selepas Jabatan Penerangan Kota Bharu. Oleh kerana organisasi yang dikaji menjalankan kerja-kerja komunikasi dalam bentuk yang berbagai-bagai seperti majlis sivik, tayangan wayang gambar, ceramah, majlis dialog, penerangan dan sebagainya kumpulan kami tidak mampu untuk membuat kajian kepada semua kerja-kerja komunikasi yang dijalankan, kerana masa dan kemampuan yang terhad.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 77872.pdf]
Text
77872.pdf
Download (1MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics