Abstract
Dunia Islam hari ini sedang menghadapi ghazwat al-fikr iaitu serangan pemikiran dari pihak barat melalui pelbagai teori atau falsafah pemikiran yang bertentangan dengan Islam. la bukanlah sesuatu yang baru tetapi telah dilancarkan sejak ratusan tahun sehingga menimbulkan pelbagai masalah di dunia Islam dan menghakisjati diri umat Islam.Kesan terbesar ghazwat al-fikr adalah jatuhnya sistem Khilafah Islamiyyah yang menjadi keagungan dunia Islam dan seterusnya terpisahnya sebahagian umat Islam daripada Akidah, Akhlak dan Syariat yang menjadi tunjang kekuatan Islam. Justeru satu kajian ringkas untuk mengetahui sejauh manakah remaja Islam hari ini memahami ghazwat al-fikr dan bahayanya ke atas umat Islam serta strategi yang perlu dilakukan untuk menghadapi serangan ini telah dijalankan. Responden adalah terdiri daripada pelajar semester 3 yang telah mengikuti Kursus Pemikiran dan Tamadun Islam (CTU 151) yang ditawarkan di UiTM (Kampus Melaka). Di antara kandungan silibus kursus ialah memberi pendedahan isu-isu semasa dunia Islam kepada pelajar. Kajian ini mendapati Kursus CTU 151 perlu diperkukuhkan silibusnya agar dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam dan membuka minda para pelajar tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh dunia Islam di samping mengukuhkanjati diri muslim sebenar.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Noraini UNSPECIFIED Dibok, Minah UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Team Member Omar, Roaimah UNSPECIFIED Team Member Loh Er Fu, David UNSPECIFIED Team Member Abu Bakar, Nor Raihan UNSPECIFIED Team Member Gafar@Abd Ghaffar, Siti Zuraina UNSPECIFIED Team Member Khamis, Muhamad Hanapi UNSPECIFIED Team Member Sah Allam, Siti Nurshahidah UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Melaka |
Page Range: | p. 836 |
Keywords: | Ghazwat al-fikr; Khilafah Islamiyyah, CTU |
Date: | 2011 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77740 |