Semantik dalam penggunaan bahasa Mat Rempit / Zuraidah Mohd Sulaiman dan Muhamad Fuad Abdul Karim

Mohd Sulaiman, Zuraidah and Abdul Karim, Muhamad Fuad (2011) Semantik dalam penggunaan bahasa Mat Rempit / Zuraidah Mohd Sulaiman dan Muhamad Fuad Abdul Karim. In: Across Borders. Division of Research, Industrial Linkages and Alumni, UiTM Cawangan Melaka, Alor Gajah, Melaka, p. 80. ISBN 978-967-11354-1-9 (Submitted)
Abstract

Kajian ini menjurus terhadap permasalahan sosial dalam kalangan remaja di sekitar Melaka yang terlibat dalam fenomena Mat Rempit. Penglibatan remaja dalam aktiviti Mat Rempit meliputi keseluruhan peranan yang dimainkan oleh mereka seperti pelumba haram, penganjur perlumbaan haram dan sebagainya. Perbincangan kajian adalah berkenaan aspek semantik berhubung subbudaya kumpulan Mat Rempit yang dianalisis dari sudut bahasa yang digunakan dalam keseluruhan aktiviti mereka. Kajian adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan 10 orang responden yang ditemu bual secara mendalam. Persampelan bertujuan dan kaedah snowball digunakan untuk mendapatkan responden yang berumur antara 17 hingga 26 tahun. Hasil kajian dilihat dari sudut keupayaan dan kekreatifan penutumya (merujuk kepada ahli-ahli kumpulan Mat Rempit) mewujudkan lebih banyak nuansa dan makna serta berpeluang memanipulasi bahasa, menonjolkan identiti, mencemakan nilai pemikiran selain untuk mengungkapkan mesej dengan lebih berkesan dalam ruang lingkup yang tersendiri.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of Abstract Only]
Text (Abstract Only)
77737.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics