Pembaziran dalam sektor pembinaan / Mohd Raime Izane Mohd Rusli

Mohd Rusli, Mohd Raime Izane (2010) Pembaziran dalam sektor pembinaan / Mohd Raime Izane Mohd Rusli. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)

Abstract

Tujuan melakukan kajian ini adalah untuk mengenalpasti punca-punca pembaziran bahan binaan di tapak bina dan bahan-bahan yang selalu dibazirkan. Sektor pembinaan di Malaysia amat pesat membangun dan memerlukan pengurusan yang bijaksana, berkualiti dan sistematik dalam setiap kerja-kerja di tapak pembinaan bagi memastikan setiap kerja yang dilakukan dapat berjalan seperti yang dirancang. Namun begitu, kepentingan dalam mengendalikan setiap bahan binaan di tapak bina sering diabaikan. Secara keseluruhannya, laporan ini disediakan melalui beberapa kaedah antaranya ialah melalui rujukan, media cetak, media elektronik, melalui pengalaman semasa menjalankan kajian, melalui pemerhatian dan sedikit temuramah. Kelemahan dalam pentadbiran dan pengurusan pembinaan yang ada pada pihak kontraktor itu sendiri menjadi faktor utama yang menyebabkan pembaziran bahan binaan di tapak bina tidak mampu dikurangkan ke tahap yang minimum. Justeru itu kesedaran bagi pihak kontraktor itu sendiri adalah amat penting. Sehubungan itu kajian tentang jenis-jenis bahan binaan yang sering dibazirkan, punca-punca pembaziran, kesan-kesan pembaziran dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengurangkan pembaziran di tapak binaan telah dijalankan. Kajian ini membincangkan tentang sistem pengurusan bahan binaan, sistem kawalan bahan binaan dan pembaziran bahan di tapak bina.

Metadata

Item Type: Monograph (Industrial Training)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Rusli, Mohd Raime Izane
2008213656
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Ramli, Mohd Haiqal
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Tun Jamil, Siti Jamiah
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Environmental engineering of buildings. Sanitary engineering of buildings
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma in Building
Keywords: pembaziran, sektor pembinaan, bahan binaan
Date: 2010
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77736
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 77736.pdf] Text
77736.pdf

Download (23MB)

ID Number

77736

Indexing

Statistic

Statistic details