Abstract
Sejarah mencatatkan bahawa ramai tokoh-tokoh pejuang yang telah memberi sumbangan besar dalam usaha mencapai kemerdekaan di tanah Melayu. Tidak terkecuali juga tokoh para ulama Melayu di mana mereka turut berperanan dalam usaha mencapai kemerdekaan tersebut. Di antaranya Tuan Haji Abdullah Fahim, di mana beliau bukan sahaja seorang ulama terkemuka yang bertanggungjawab dalam menyebarkan ilmu pengetahuan di Alam Melayu, tetapi beliau juga merupakan seorang pejuang nasionalis yang terlibat dalam memperjuangkan kemerdekaan di Alam Melayu. Lebih dari itu, beliau merupakan individu penting yang terlibat dalam menentukan tarikh kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Sebagai seorang tokoh agama dan kemerdekaan di Alam Melayu, maka beliau sering mengingatkan orang Melayu agar tidak berpecah belah dan bertengkar sesama sendiri, Berikutan itu, beliau sangat benci kepada perpecahan, dan tidak suka kepada perkara yang boleh menimbulkan kekacauan. Ketokohan dan sumbangan beliau tidak dapat dinafikan lagi dan ia perlu disedari oleh seluruh masyarakat Melayu. Justeru kertas kerja ini akan memfokuskan kepada latar belakang tokoh dan sumbangan-sumbangan beliau dalam usaha mencapai kemerdekaan di samping mengekalkan keamanan di tanah Melayu.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ab Hamid, Norafifah UNSPECIFIED Abdul Wahab, Nor Azlina UNSPECIFIED Aris, Husnul Rita UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Team Member Omar, Roaimah UNSPECIFIED Team Member Loh Er Fu, David UNSPECIFIED Team Member Abu Bakar, Nor Raihan UNSPECIFIED Team Member Gafar@Abd Ghaffar, Siti Zuraina UNSPECIFIED Team Member Khamis, Muhamad Hanapi UNSPECIFIED Team Member Sah Allam, Siti Nurshahidah UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > DS History of Asia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Melaka |
Page Range: | p. 81 |
Keywords: | Ulama melayu; Tn Haji Abdullah Fahim; Kemerdekaan |
Date: | 2011 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77733 |