Abstract
Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai segala proses dan kaedah pengawasan kemajuan kerja di tapak bina. Laporan ini dihasilkan berdasarkan pada pengalaman saya selama 6 bulan menjalankan latihan praktikal di pejabat pengurusan dan di tapak bina. Walaupun saya tidak terlalu terdedah pada kerja-kerja di tapak bina, saya sering mengikuti perkembangan dan kemajuan di tapak bina melalui laporan kerja harian yang dihantar oleh pihak pengurusan tapak bina. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan dimulakan dengan latar belakang syarikat dan latar belakang projek pembinaan. Dari hasil pemerhatian saya,kaedah pengawasan kemajuan tapak adalah tidak semudah yang disangkakan. la melibatkan banyak pihak dan prosesnya agak rumit sekiranya kita kurang berkomunikasi dengan pihak-pihak yang terlibat dalam projek dan kita tidak diberi pendedahan tentang kaedah pengurusannya. Di dalam laporan ini diterangkan secara ringkas tentang pengurusan awal projek bermula dengan pengurusan di pejabat sehinggalah ke pengurusan di tapak.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Arepin, Alifah Mazrah 2003310170 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Wan Zaharuddin, Wan Akmal UNSPECIFIED Thesis advisor Abdullah Halim, Anas Zafirol UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Management of the construction site. Superintendence of building construction |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Building |
Keywords: | kaedah, pengawasan kemajuan tapak, komunikasi |
Date: | 2006 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77724 |