Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat penguasaan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Aliran Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di negeri Melaka terhadap bahasa Arab khususnya ilmu Balaghah bagi mengetahui persepsi dan pengetahuan pelajar terhadap pengajian ilmu retorik Arab serta mengenal pasti masalah- masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran ilmu retorik Arab. Seramai 150 orang pelajar dipilih sebagai responden kajian daripada jumlah keseluruhan 508 orang pelajar tingkatan lima di SMKA dan SABK seluruh negeri Melaka. Empat sekolah telah dipilih daripada beberapa daerah di negeri Melaka untuk menjadi lokasi kajian, iaitu SMKA Sultan Muhammad Batu Berendam Melaka, SMKA Syarifah Rodziah Telok Mas Melaka, SMA Ahmadi Paya Rumput Jaya, Sungai Udang Melaka dan SMA Ihya El Karim Tanjong Bidara Masjid Tanah, Melaka. Namun terdapat beberapa masalah yang dikenalpasti yang dihadapi oleh para pelajar yang boleh mengganggu mereka untuk menguasai ilmu ini. Beberapa langkah dicadangkan bagi memantapkan penguasaan pelajar terhadap ilmu ini turut dikemukakan dalam kajian ini.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sopian, Anuar UNSPECIFIED Jafri, Fakrulnizam UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Team Member Omar, Roaimah UNSPECIFIED Team Member Loh Er Fu, David UNSPECIFIED Team Member Abu Bakar, Nor Raihan UNSPECIFIED Team Member Gafar@Abd Ghaffar, Siti Zuraina UNSPECIFIED Team Member Khamis, Muhamad Hanapi UNSPECIFIED Team Member Sah Allam, Siti Nurshahidah UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Melaka |
Page Range: | p. 67 |
Keywords: | Penguasaan; Persepsi; Pengetahuan; Bahasa Arab; Retorik Arab (Balaghah) |
Date: | 2011 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77678 |