Abstract
Seiring dengan perkembangan teknologi dan media digital turut merubah landskap atau cara manusia berkomunikasi pada masa kini serta mewujudkan kepelbagaian penggunaan bahasa yang digunakan dalam media sosial. Platform media sosial kini merupakan wadah dalam pembentukan dan penghasilan jenis penggunaan bahasa yang baharu terutamanya yang digunakan oleh Generasi Z. Generasi ini merupakan golongan yang paling kerap sekali menggunakan media sosial, oleh itu lebih banyak kepelbagaian penggunaan bahasa, istilah dan ejaan yang digunakan oleh mereka sepanjang berkomunikasi menggunakan media sosial. Bahasa rancu ialah keadaan bahasa yang tidak teratur dan bercampur aduk. Hal ini berlaku demikian kerana bahasa yang digunakan Generasi Z ialah bahasa yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan seperti sebutan, ejaan serta istilah yang tepat seperti laras tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abu Bakar, Muhammad Nabihan UNSPECIFIED Ismail, Siti Nasarah UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology > Groups and organizations > Social groups. Group dynamics > Social networks > Online social networks H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > Youth |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus |
Journal or Publication Title: | APB Rembau e-Bulletin |
ISSN: | 2682-776X |
Volume: | 11 |
Page Range: | pp. 53-54 |
Keywords: | Bahasa rancu, media sosial, Generasi Z |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77658 |