Usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) perlu manfaatkan platform digital bagi pasaran produk / Muhammad Nabihan Abu Bakar and Shahril Anuar Abdul Ghalim

Abu Bakar, Muhammad Nabihan and Abdul Ghalim, Shahril Anuar (2023) Usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) perlu manfaatkan platform digital bagi pasaran produk / Muhammad Nabihan Abu Bakar and Shahril Anuar Abdul Ghalim. APB Rembau e-Bulletin, 11. pp. 31-32. ISSN 2682-776X
Abstract

Bidang keusahawanan telah lama wujud sebagai salah satu bidang pekerjaan dan menjadi keutamaan dalam pelbagai dasar kerajaan. Kerajaan telah mengiktiraf dan menekankan kepentingan keusahawanan sebagai pilihan kerjaya selama bertahuntahun. Ini kerana Kementerian Pembangunan Keusahawanan (KPU) diwujudkan pada tahun 1995 untuk membantu mempromosikan keusahawan dalam kalangan pelajar sekolah, university serta masyarakat umum. Sektor usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) menjadi salah satu platform untuk kembali melonjakkan ekonomi negara terutamanya selepas pandemik sekaligus melahirkan lebih ramai lagi usahawan muda yang berjaya. IKS merupakan penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KNDK) sebanyak 38.2 peratus atau RM512.8 bilion pada 2020. Justeru, IKS boleh dikatakan boleh menjadi penyumbang terbesar ekonomi negara. Di dalam era kemodenan kini, usahawan perlu memanfaatkan medium digital bagi memasarkan produk mereka secara besarbesaran. Usahawan perlu bijak untuk merebut peluang menguasai platform digital pada sebagai salah satu cara strategi pemasaran yang berkesan. Antara medium media sosial yang boleh digunakan ialah Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok dan sebagainya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 77639.pdf]
Text
77639.pdf
Download (499kB)
Indexing & Metrics