Abstract
Media massa mempunyai pelbagai peranan yang besar dalam pembangunan sesebuah Negara. Pembangunan ini tidak boleh dilihat dari aspek pembangunan fizikal semata-mata tetapi pembangunan modal insan harusjuga dilihat sebagai satu agenda penting negara untuk menjamin kemajuan sesebuah negara dalam pelbagai aspek termasuk di dalam bidang sains, teknologi dan keusahawanan. Hasrat untuk melahirkan dan membangunkan modal insan berhadapan dengan cabaran budaya hedonisme dan budaya popular terutamanya di kalangan remaja yang dibawa oleh media massa. Kesan dan pengaruh media massa terhadap khalayak telah lama hangat diperkatakan dan dibincangkan oleh para ilmuan dan ulama. Fenomena penjajahan budaya yang disebut sebagai ‘cultural imperialisms' sangat ketara diamalkan oleh golongan remaja menerusi cara pergaulan, pakaian, hiburan dan aktiviti seharian. Peranan media massa yang utama sebagai sumber maklumat telah disalahgunakan untuk mendapatkan hiburan semata-mata. Penilaian literatur ini bertujuan meninjau peranan media massa dalam usaha pembangunan modal insan, di samping menganalisa tahap penggunaan media di kalangan remaja. Dapatan daripada penilaian literatur ini diharap akan menjadi asas kepada kajian lapangan yang lebih terperinci untuk menguji teori yang telah diutarakan oleh sarjana sebelumnya.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ramlan, Aini Faezah UNSPECIFIED Abd Aziz, Siti Hajar UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Team Member Omar, Roaimah UNSPECIFIED Team Member Loh Er Fu, David UNSPECIFIED Team Member Abu Bakar, Nor Raihan UNSPECIFIED Team Member Gafar@Abd Ghaffar, Siti Zuraina UNSPECIFIED Team Member Khamis, Muhamad Hanapi UNSPECIFIED Team Member Sah Allam, Siti Nurshahidah UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HS Societies: secret, benevolent etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Melaka |
Page Range: | p. 54 |
Keywords: | Media massa; Pembangunan modal insan; Remaja |
Date: | 2011 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77625 |