Abstract
Kita sering mendengar keluhan berkenaan gaji yang sedikit atau kurang dan gaji yang tidak setimpal dengan kerja. Sering juga kita menganggap bahawa Allah SWT tidak mengurniakan kita dengan rezeki yang cukup melalui gaji yang sedikit. Anggapan itu ternyata salah kerana sesungguhnya rezeki bukan hanya pada gaji sahaja, tetapi sebenarnya meliputi banyak perkara. Kadangkala di dalam hidup ini, kita sering salah faham memberi makna antara kedua perkara ini. Ramai yang menganggap bahawa rezekinya itu adalah semata-mata pada gajinya. Terdapat perbezaan yang besar antara keduanya dan ini perlu difahami sedalamnya. Dalam konsep rezeki, rezeki merupakan apa yang kita nikmati dan memberi manfaat bagi kita. Gaji merupakan hasil yang kita peroleh dari segala usaha dan kerja keras yang telah kita lakukan. Sebagai contoh, kita bekerja di salah sebuah kilang perusahaan dan hasil yang diperoleh dari pekerjaan itu dinamakan gaji. Rezeki datang dari mana saja, dari segala sudut bahkan dari sesuatu yang tidak kita terduga kerana konsep rezeki itu adalah suatu nikmat yang kita boleh rasakan dan nikmati secara langsung. Misalnya, dalam keadaan tiada pekerjaan di musim pandemik, tiba-tiba ada yang datang ke rumah dengan membawa bekalan makanan kepada keluarga kamu, ini dinamakan rezeki
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Azman, Nur Helmi @ Nur Jannah UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals H Social Sciences > HG Finance |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus |
Journal or Publication Title: | APB Rembau e-Bulletin |
ISSN: | 2682-776X |
Volume: | 11 |
Page Range: | pp. 27-28 |
Keywords: | Gaji, rezeki, pekerjaan |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77623 |