‘Kasut’: sebuah sketsa kehidupan manusia / Maizura Manshor

Manshor, Maizura (2023) ‘Kasut’: sebuah sketsa kehidupan manusia / Maizura Manshor. APB Rembau e-Bulletin, 11. pp. 22-23. ISSN 2682-776X

Abstract

Saya pernah menulis artikel santai tentang ‘topi’ wanita sebelum ini. ‘Topi’ ini adalah metafora kepada tanggungjawab seorang wanita di pundaknya pada satu-satu ketika. ‘Topi’ ini ditukar-tukar mengikut kepada peranan wanita pada satu-satu masa. Di pejabat sebagai pekerja, di rumah sebagai isteri dan ibu, kadangkala guru, di hadapan ibu bapa sebagai anak dan terkadang muncul sebagai singa pada anak-anak. Wanita berubah mengikut keperluan peranannya. Begitulah hebatnya wanita mengadaptasi diri kepada suasana. Kali ini, saya ingin bertukar topik dari ‘topi’ kepada ‘kasut’. ‘Kasut’ ini merujuk secara metaforanya kepada situasi semasa kehidupan seseorang itu. Kita suka melihat kasut orang, tapi tak semua kasut itu sesuai untuk kita pakai. Betul tak? Dari mana untuk kita nilai ‘kasut’ ini? Lazimnya orang akan menilai ‘kasut’ ini secara luaran. Semua terlihat indah. Sebab apa? Sebab kita lazimnya akan memperlihatkan yang indah saja kepada umum. Seperti kita pakai ‘kasut’ kan.. Yang sakit, yang melecet, yang terkoyak, semua tu kita simpan sendiri. Tidak kita cerita pada siapa-siapa.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Manshor, Maizura
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus
Journal or Publication Title: APB Rembau e-Bulletin
ISSN: 2682-776X
Volume: 11
Page Range: pp. 22-23
Keywords: Kasut, sketsa, kehidupan, manusia
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77617
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 77617.pdf] Text
77617.pdf

Download (589kB)

ID Number

77617

Indexing

Statistic

Statistic details