Proses kelulusan perakuan siap dan pematuhan (CCC) / Nor Ashikin Hamdan

Hamdan, Nor Ashikin (2010) Proses kelulusan perakuan siap dan pematuhan (CCC) / Nor Ashikin Hamdan. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)
Abstract

Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai segala proses dan prosedur yang terlibat dalam permohonan kelulusan dan pelaksanaan perakuan siap dan pematuhan (CCC) oleh para professional. Sepanjang enam bulan saya menjalani latihan praktikal di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dapatlah saya berusaha mengolah tajuk report ini. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian atau bab yang perlu disiapkan secara berperingkat seperti yang telah dijelaskan oleh Pensyarah. lanya dimulakan dengan latar belakang syarikat semasa saya menjalani praktikal. MPKj adalah salah satu daripada tujuh majlis perbandaran yang ada di Selangor. Untuk tajuk kerja kursus ini, saya memilih permohonan kelulusan CCC untuk rumah banglo di mukim Bandar Baru Bangi. Hasil kajian dan pemerhatian mendapati bahawa permohonan kelulusan dan pelaksanaan CCC untuk rumah banglo ini bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak proses yang rumit perlu dipatuhi sebelum dan semasa pembinaan rumah. Di dalam laporan ini, diterangkan secara ringkas mengenai kajian teoritikal yang meliputi proses-proses utama permohonan CCC dan pihak yang terlibat. Terdapat tujuh proses utama dalam pengeluaran CCC. Borang-borang penting yang digunakan sewaktu permohonan ialah Borang A, Borang B, Borang G l-G2 l dan Borang F. Sebagai kesimpulannya, diharapkan agar laporan ini dapat menjelaskan dengan lebih terperinci kepada para pembaca mengenai proses untuk permohonan kelulusan dan pelaksanaan perakuan siap dan pematuhan (CCC) secara praktikal.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 77613.pdf]
Text
77613.pdf
Download (48MB)
Indexing & Metrics