Menghitung hari, membilang waktu / Ahmad Azman Mohamad Ramli

Mohamad Ramli, Ahmad Azman (2023) Menghitung hari, membilang waktu / Ahmad Azman Mohamad Ramli. Bulletin. Academy of Language Studies, Universiti Teknologi MARA Negeri Sembilan Branch, Rembau Campus.
Abstract

Saya mula melaporkan diri untuk bertugas bersama Perkhidmatan Awam Malaysia ialah pada tarikh 26 Jun 1992. Pada Ketika itu, umur saya ialah 23 tahun dan masih belum berumah tangga. Agensi kerajaan tempat saya melaporkan diri ialah di Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia, Kuala Lumpur (kini dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia) dan jawatan yang disandang ialah sebagai Penolong Pegawai Penguatkuasa pada gred jawatan N6 (kini bersamaan dengan gred KP29). Sepanjang berkhidmat di agensi kerajaan ini, saya telah bertugas di tiga cawangan negeri iaitu di Bahagian Penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Haiwan Kedah, Bahagian Penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Haiwan Selangor dan yang terakhir ialah di Bahagian Penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Haiwan Perak. Secara ringkasnya tugas utama saya di agensi kerajaan ini ialah menguatkuasa undang-undang berkaitan pemeliharaan ternakan haiwan dan kesejahteraan haiwan di Malaysia. Pelbagai pengalaman pahit manis telah saya lalui sepanjang berkhidmat selama 9 tahun di agensi kerajaan ini. Kesemua pengalaman ini telah membantu mendidik saya menjadi seorang penjawat awam yang sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran tugas yang mendatang di Perkhidmatan Awam Malaysia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 77604.pdf]
Text
77604.pdf
Download (821kB)
Indexing & Metrics